Shafie Apdal Sandaran Tun Mahathir Tawan Sabah

Shafie-Apdal-Sandaran-Tun-Mahathir-Tawan-Sabah.jpg

Shafie Apdal sedar Orang Sabah masih marahkan Tun Mahathir kerana ISU MYKAD Sabah dan kerjasama secara terang-terangan dengan parti dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Malaysia itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi di negeri ini. – Isu MYKAD Sabah, Shafie Pertahan Tun Mahathir

Penentangan secara terbuka oleh TRIO yang terdiri dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akhirnya membawa kepada penubuhan dua parti politik baharu di negara ini iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada JUN 2016 sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz manakala Shafie yang digantung keahliannya pula mengumumkan keluar parti pada 4 Julai tahun lalu.

Trio Muhyiddin (dua dari kiri), Shafie (paling kiri) dan Mukhriz (paling kanan) yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Bagi meneruskan kelangsungan karier politik mereka maka tertubuhlah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikepalai oleh Muhyiddin, Mukhriz dan Tun Mahathir sementara Shafie pula bergabung dengan Darrel Leiking membentuk Parti Warisan Sabah untuk menumbangkan UMNO di Sabah.

Kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah

Satu Video berdurasi 1:51 minit yang dimuatnaik KINITV pada 2 Nov 2016 cukup untuk menjelaskan tentang kerjasama kedua-dua parti berkenaan. Presiden PPBM yang juga rakan baik kepada Shafie melalui ucapannya menyatakan hubungan kedua-dua parti bekenaan adalah seperti adik dan abang dan tidak masuk ke Sabah kerana Parti Warisan sudah ada.

Perkembangan terbaru PPBM yang telah diterima dalam Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP sedang berusaha melebarkan pengaruhnya ke sarawak dengan menyasarkan 10 buah kerusi Parlimen pada PRU14 nanti sementara di Sabah tugas itu dipikul Parti Warisan Sabah.

Bekas setiausaha politik Shafie iaitu Razak Sakaran juga pernah mendedahkan pendirian politik bosnya telah berubah selepas  pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkomunikasi dengan Tun Daim Zainuddin kira-kira setahun sebelum keluar daripada UMNO [Pautan].

Baca juga:

Loading...
scroll to top