Shafie Apdal, Tun Mustapha, Harris dan Pairin – Siapa Berpengaruh ?

Siapa-berpengaruh.jpg

ANTARA SHAFIE APDAL, TUN MUSTAPHA, HARRIS SALLEH DAN PAIRIN - SIAPA BERPENGARUH?

OLEH: Musli Oli
Penulis Prolifik, Penganalisis Politik

[dropcap color=”#dd3333″]S[/dropcap]aya baca satu dua tulisan yang bersifat separa analisis, bukan analisis sebenar. Ia lebih bersifat pandangan peribadi. Penulisnya ada memetik beberapa peristiwa bersejarah sebagai sandaran hujahnya, namun penulis tidak jujur dalam hipotesisnya – bahawa Umno Sabah akan menerima nasib seperti USNO, BERJAYA dan PBS.

Memang benar, kejatuhan kerajaan USNO pada tahun 1976 berpunca daripada perpecahan dalam parti. Beberapa orang tokoh USNO seperti Tan Sri Harris, Tan Sri Ghani Gilong ( menteri Persekutuan tapi beliau kembali semula ke USNO sebelum election) Datuk Salleh Sulong dan ramai lagi termasuk pemimpin kanan USNO keluar parti dan menubuhkan Berjaya.

Begitu juga dengan kejatuhan parti BERJAYA pada 1985. Selain Tan Sri Pairin beberapa orang pemimpin parti itu turut mengikut jejak Pairin terutama selepas Pairin menang by election Tambunan. Isu2 politik terutama isu Pribumi dan Pulau Labuan begitu dekat dengan hati rakyat Sabah. Isu itu telah membantu kemenangan PBS disamping sokongan dan kerjasama daripada Tun Mustapha dan USNO.

PBS juga alami nasib yg sama bila ramai pemimpin kanannya keluar parti dan menubuhkan parti baru yg pro BN sebelum Pilihan raya negeri 1994. Bukan satu atau dua orang tetapi ramai. Dalam masa yg sama UMNO telah mula bertapak di Sabah dan parti itu mendapat sokongan kuat dari kerajaan Persekutuan.

Senario yg telah berlaku pada 1976, 1985 dan 1994 tidak sama keadaannya dengan apa yg berlaku sekarang.

Umno Sabah tidak berpecah. Hanya seorang sahaja pemimpin kanan yang keluar parti. Berbeza dengan Harris Salleh, Pairin Kitingan, Yong Teck Lee yg masing2 keluar dari USNO, BERJAYA dan PBS kerana isu politik dalam negeri.

Manakala Dato Sri Shafie Apdal keluar dari Umno bukan kerana isu Sabah sebaliknya isu politik di peringkat Persekutuan yg tidak begitu relevan di Sabah.

Sebab itu walaupun Shafie seorang pemimpin kanan parti dgn jawatan sebagai Naib Presiden, beliau gagal menarik sokongan pemimpin2 Umno Sabah yg lain kerana beliau bukan digantung dari Umno kerana membela atau memperjuangkan isu2 kepentingan hak negeri dan rakyat Sabah.

Saya percaya ramai pemimpin Umno termasuk beberapa orang MP Sabah akan menyertai perjuangan Shafie Apdal jika punca bekas menteri KKLW itu digantung dan keluar dari Umno kerana menuntut lebih banyak peruntukan pembangunan untuk Sabah, memperjuangkan otonomi, mendesak kenaikan royalti minyak, minta hapuskan cabotage policy dan sebagainya.

Selain pemimpin2 bahagian dari bahagian Semporna termasuk seorang ADUN dan beberapa orang yg berjawatan AJK dari bahagian2 lain dari seluruh Sabah, tiada pemimpin kanan Umno Sabah yg keluar bersama Shafie.

Oleh itu hypothesis yg mengatakan Umno Sabah akan menerima nasib seperti USNO, BERJAYA dan PBS pada PRU akan datang adalah tidak benar kerana tidak disokong fakta2 yg tepat. Ternyata hujah yg mengatakan bahawa Umno Sabah berpecah dan sedang retak menanti belah sama sekali tidak benar.

Loading...
scroll to top