Shafie serah borang pendaftaran parti baharu

Shafie-serah-borang-pendaftaran-parti-baharu.jpg

BEKAS Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, pagi ini dipercayai untuk menyerahkan borang pendaftaran parti baharu. – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini hari ini, dipercayai untuk menyerahkan borang pendaftaran parti baharu.

Shafie tiba jam 9.35 pagi, bersama beberapa penyokongnya.

Shafie sebelum ini mengumumkan keluar daripada UMNO pada 4 Julai lalu, selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian beliau pada 24 Jun. – BH Online

Loading...
scroll to top