Slogan Sabah For Sabahan. Sekadar Retorik Pembangkang ?

Sabah-for-sabahan-sekadar-retorik-pembangkang.jpg

Sabah for sabahan sekadar retorik pembangkang ?

Sabah for Sabahan

Dato Sri Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia menyerah memorandum MA63 kpd PM. Sesuatu tindakan yg tdk pernah dilakukan pemimpin pembangkang

Sejarah Slogan Sabah for Sabahan

Sebelum tidur saya imbas sedikit sejarah “Sabah for Sabahan”. Slogan itu mula diperjuang KK Sedomon dan adiknya GS Sundang melalui parti Pasok Momogun. Tun Stephens dari UNKO turut menyokong perjuangan itu dan parti UNKO dan Pasok bergabung menjadi UPKO atau United Pasok Momogun Kadazan Organisation.

Bila gagasan Malaysia di umum, UPKO menentang keras. Stephen tolak cadangan itu kerana mau Kemerdekaan Sabah ditentukan rakyat Sabah sendiri bukan melalui gabungan dalam Persekutuan. Kebimbangan timbul Sabah akan di dominasi Malaya dalam semua bidang terutama politik, ekonomi dan pentadbiran.

Sentimen Sabah for Sabahan begitu kuat utk melindungi kepentingan Sabah dan rakyatnya. Tetapi setelah Stephens bertemu dgn Lee Kuan Yew di Singapura dan dijanjikan jawatan Ketua Menteri selain peluang jadi Timbalan Perdana Menteri bila tiba masanya Lee Kuan Yew menggantikan Tunku, pendirian Stephens pusing 360 darjah.

Stephens menjadi penyokong kuat Malaysia. Suara sokongan nya lebih kuat sehingga menenggelam peranan Tun Mustapha, penyokong asal Malaysia. Stephen juga berjaya pujuk GS Sundang dgn menjanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Stephens cuba pujuk Sedomon untuk bersama menyokong gagasan Malaysia tetapi tidak berjaya. Sedomon tetap perjuangkan Sabah for Sabahan hingga akhir hayatnya.

Selepas Sabah merdeka, Stephens dilantik KM Sabah dan Sundang menjadi Deputy CM untuk seketika. Perjuangan Sabah for Sabahan senyap selepas pemimpin masing2 dpt jawatan dan pangkat.

Tapi bila Stephens digugurkan dari jawatan KM Sabah digantikan Peter Lo dari parti SCA pada 1965, sekali lagi suara hak Sabah bergema. Stephen, Peter Mojuntin, Ghani Gilong mulai persoal keikhlasan pemimpin Persekutuan. Stephen desak kedudukan Sabah dalam Persekutuan di kaji semula.

Selepas UPKO kalah pilihan raya 1967, slogan Sabah for Sabahan sekali lagi senyap. Parti UPKO dibubar. Tun Stephens kemudiannya dilantik jadi TYT.

Tun Mustapha merupakan penyokong awal gagasan Malaysia tetapi bila Akta Pembangunan Petroleum diluluskan. Parlimen pada 1974, dan Sabah hanya dpt 5% dari hasil minyak negeri, Tun Mustapha tidak setuju.

Dia juga minta kedudukan Sabah dlm Persekutuan di kaji semula. Suara Sabah for Sabahan kali ini dibawa pemimpin2 USNO. Tun Mustapha tuduh kerajaan Persekutuan tidak adil kepada Sabah.

Tun Mustapha juga gagal dalam perjuangan Sabah for Sabahan. Sebaliknya dia dituduh ingin jadi Sultan Sabah. USNO kalah kepada parti BERJAYA pimpinan Tun Stephens pada 1976. Suara Sabah for Sabahan tenggelam seketika sebelum bangkit semula 9 tahun kemudiannya.

Pairin dan PBS muncul jadi juara Sabah for Sabahan pada 1985. Rakyat bangkit tolak parti BERJAYA yg terlalu Federalist. Selama 9 tahun sentimen Sabah for Sabahan mengekalkan Pairin dan PBS ditampuk kuasa.

Tapi apa yangg Sabah dan rakyatnya dapat daripada slogan itu? Apa yg Pairin dan PBS capai daripada slogan Sabah for Sabahan selain mengekalkan jawatan mereka?

Apakah pemimpin2 pembangkang yg memperjuangkan slogan Sabah for Sabahan, berjaya tambah royalti minyak? Apakah kerajaan Persekutuan pernah tunduk dgn tuntutan mereka?

Terbukti pemimpin politik Sabah hanya bercakap soal hak2 Sabah bila tiada jawatan dan bila berada diluar kerajaan. Sentimen hak Sabah dibangkitkan untuk mendapat simpati rakyat tapi bukan benar2 dijadikan falsafah perjuangan.

Rupa2nya bila tembolok pemimpin penuh suara hak Sabah tidak kedengaran. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.

Bila berada ditampuk kuasa, suara Sabah for Sabahan tinggal sebagai ungkapan retorik dalam ceramah-ceramah politik tapi tidak secara serius menuntut kpd kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya terbukti usaha pemimpin dalam parti pemerintah lebih berjaya merundingkan hak2 Sabah dgn pemimpin Persekutuan seperti menambah bilangan peruntukan, pengagihan jawatan dlm kabinet persekutuan, perlantikan Pengarah Persekutuan dari kalangan anak tempatan dan lain2 lagi kejayaan berbanding dgn suara2 lantang tapi tiada hasilnya.

Berbanding dengan Sarawak pemimpin2 nya lebih konsisten memperjuangkan hak2 negeri.

Pemimpin SUPP, Ong Kee Hui sebagai contoh begitu tegas suaranya, baik ketika diluar sebagai pembangkang atau ketika sebagai menteri dlm kerajaan.

Pemimpin Sarawak tak kira parti politik sentiasa bersatu senada dan seirama dlm tuntutan hak2 anak Sarawak, dulu dan kini.

Renung2kan…

Selamat malam Sabahan..

Penulis menyatakan pandangannya berhubung slogan Sabah For Sabahan ketika ditembual di BERNAMA TV

Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top