Terrence Siambun Kaki Putar Belit

Terrence-Siambun-Kaki-Putar-Belit.png

PUTATAN: Sebuah hospital swasta berminat untuk beroperasi di sini, kata anggota Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan wakil dari hospital yang telah diberi kepercayaan untuk mencari tanah untuk hospital swasta di daerah ini.

“Tanah itu telah dikenal pasti dan mereka akan berurusan dengan pemilik tanah,” katanya kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas kenyataan Bendahari Parti Warisan Sabah Putatan, Terrence Siambun.

Terrence yang merupakan ADUN Moyog, dalam kenyataannya, menggesa kerajaan untuk mengembangkan klinik perubatan Putatan bagi menampung pengunjung yang semakin meningkat.

Pada masa yang sama, beliau juga berkata, pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional (BN) telah meminta hospital dibina di Putatan oleh Kerajaan Persekutuan namun beliau percaya permintaan itu tidak mendapat perhatian.

Marcus membidas kenyataan Terrence, kerana tidak dapat membezakan antara inisiatif swasta dan melalui pembiayaan awam.

Katanya, beliau tidak merujuk kepada Kementerian Kesihatan tetapi kepada hospital swasta.

“Terrence adalah ‘kaki Putar Belit’ (orang yang suka fakta berpusing),” katanya.

Marcus berkata hospital khusus yang dicadangkan akan menjadi satu lagi produk pelancongan untuk Putatan sebaik sahaja ia menjadi kenyataan.

Sementara itu tuduhan Terrence yang mengatakan Marcus hanya membuat ‘bising’ di parlimen namun suaranya tidak pernah diambil serius oleh kerajaan persekutuan, Marcus membalasnya: “Apa yang sudah dicapai Terrence sejak jadi wakil rakyat? Dia hanya¬†bersembunyi di dalam tandas apabila rakyat mahu bertemu dengannya”.

Beliau juga berkata: “Siambun buta itulah sebabnya dia telah gagal sebagai wakil rakyat di Moyog. Ketika ramai pengundinya yang kurang menyenangi tindakannya melompat parti, dia pula boleh ‘bermain-main’ di Putatan.”

Loading...
scroll to top