TIDAK RASMI: Sungai Kandis kekal milik PKR

Sungai-Kandis-kekal-milik-PKR.jpg

KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis setakat jam 7.46 petang tadi

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kekal milik PKR, selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48, memperoleh 15, 347 undi. setakat ini.

Dua lagi calon, Datuk Lokman Noor Adam yang mewakili BN memperoleh 9,583 undi, manakala calon Bebas, K Murthy meraih 64 undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan raya, jumlah peratusan pengundi keluar (tidak rasmi) mengundi adalah 49.8 peratus.

Seramai 51,217 layak mengundi pada hari ini.

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR, pada 2 Julai akibat kanser limfoma.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN itu 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Loading...
scroll to top