Tun M Terdesak

Tun-M-Terdesak.jpg
Salleh Said Keruak

Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR: Ketegasan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap DAP lebih 44 tahun sanggup diketepikan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata sejak 1969, Dr Mahathir sangat konsisten terhadap tindakan mengecam DAP dan pengundi tegar parti itu yang majoriti adalah masyarakat Cina di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, kenyataan bercanggah atau pusingan U yang diutarakan bekas Perdana Menteri itu menerusi ucaptama yang disampaikan di Gelang Patah, semalam memberi isyarat bahawa dendamnya terhadap DAP sudah hilang.

“Mengejutkan apabila Dr Mahathir ‘menelan’ kembali ketegasan pendiriannya pada Mei 2013 yang ketika itu melabel (Ketua Ahli Parlimen DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan meminta pemimpin itu ‘disemadikan’ di Gelang Patah.

“Padahal pada 1969, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak perlu undi masyarakat Cina kerana dakwanya, pengundi Melayu saja sudah mencukupi bagi menjamin kemenangannya pada PRU.

“Masyarakat Cina kemudian mengambil keputusan untuk mengundi PAS, sekali gus menyaksikan (bekas Presiden PAS) Yusof Rawa (Abdullah) berjaya menundukkan Dr Mahathir di Parlimen Kota Setar.

“Pasca kekalahan itu, Dr Mahathir memberontak dengan menerbitkan buku anti Cina, iaitu ‘The Malay Dilemma’ (Dilema Melayu) yang ketika itu diharamkan kerajaan,” katanya menerusi laman blog rasminya, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Isu Mykad Shafie pertahan tun ,

Isu MyKad Sabah: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal pertahankan Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam isu pengeluaran MYKAD di Sabah. Parti WARISAN dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Pribumi Bersatu walaupun penafian dibuat oleh Setiausaha Agung Warisan. – Baca Selanjutnya Klik Sini

Semalam, Dr Mahathir ketika menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Gelang Patah dilaporkan berkata parti dikemudi Kit Siang itu bukan pergerakan politik cauvinis Cina, sebaliknya dianggotai ahli berbilang kaum.

Bekas Perdana Menteri itu antara lain menyifatkan sangat selesa bekerja dengan DAP yang lebih Malaysia berbanding mana-mana parti dalam kepemimpinan kerajaan ketika ini.

Salleh berkata, Dr Mahathir secara drastik mengubah perwatakan dan pendirian kerana sedar beliau hilang sokongan orang Melayu sehingga terdesak meraih undi masyarakat Cina untuk memastikan kemenangan PPBM serta Pakatan Harapan pada PRU-14.

Loading...
scroll to top