UMNO Sabah Sedia Berdepan Pembangkang PRU-14

UMNO-Sabah-Sedia-Berdepan-Pembangkang-PRU-14.jpg

UMNO Sabah Sedia Berdepan Pembangkang yang ramai dalam PRU-14 akan datang

KOTA KINABALU: UMNO Sabah sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), khususnya untuk berdepan dengan pembangkang yang semakin banyak bertapak di negeri ini.

Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah

MUSA.. mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu. – Foto Izhari Ariffin

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO Sabah tidak pernah berdiam diri dalam memenangi hati rakyat, malah pemimpinnya di semua peringkat sentiasa turun padang memberi khidmat yang terbaik.

“Parti pembangkang memang banyak di Sabah, datang dan masuk ke negeri ini menyebarkan fitnah serta hasutan untuk mempengaruhi rakyat.

“Bagaimanapun, kita ada bukti jelas mengenai pencapaian kita, selain ikhlas dan sentiasa menolong rakyat.

Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa mengilhamkan dasar untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah di sini, hari ini.

Loading...
scroll to top