UMNO Semporna Yakin Harungi Cabaran PRU-14

Program-Jalinan-Mesra-UMNO-bahagian-Semporna.jpg

Di Sekitar Program Jalinan Mesra Pemimpin bersama Rakyat disempurnakan oleh YB Datuk Ramlee Marhaban Adun Bugaya

SEMPORNA: UMNO bahagian Semporna tidak gentar dengan provokasi pembangkang dan yakin dapat mengharungi cabaran Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) dengan jayanya.

Ketua Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahban berkata, keyakinan itu disuarakan melalui sambutan yang memberangsangkan dan riak wajah rakyat yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan setiap program jelajah turun padang yang diadakan UMNO Semporna.

Jelasnya, UMNO Semporna telah lama bersiap sedia untuk PRU dan kini sedang dalam fasa akhir untuk memantapkan jentera semua sayap dan lebih giat menjalankan program turun padang memberi penjelasan mengenai fitnah dan provokasi pihak lawan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Bubul Semporna.

Datuk Ramlee yang juga Wakil Rakyat Bugaya berkata sokongan rakyat di daerah ini masih kekal terhadap UMNO kerana rakyat tahu mengenang budi dan menghargai segala usaha kerajaan BN yang banyak membawa perubahan.

Katanya, segala keperluan dan kemudahan awam sentiasa dipenuhi dan dilakukan kerajaan demi kemudahan rakyat secara keseluruhan termasuk air, elektrik dan jalan raya serta pelbagai bantuan lain yang disalurkan untuk membantu memperbaiki taraf kehidupan rakyat.

Ramlee Marhaban

Loading...
scroll to top