Umno Semporna zahir sokongan padu kepada Najib dan Musa

Umno-semporna.jpg

Umno Semporna zahir sokongan padu kepada Najib dan Musa

Dato Sri Nasir Tun Sakaran

Dato Sri Nasir Tun Sakaran

KOTA KINABALU: Umno Bahagian Semporna menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Pemangku Ketua Bahagian Umno Semporna, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, berkata demikian sempena mengetuai rombongan AJK Bahagian Umno Semporna melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan Umnio Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Sri Gaya dekat sini.

Hadir sama dalam kunjungan itu, Puan Zakiah Hj. Kalipunya, Naib Ketua Bahagian (Ketua Putri); Setiausaha Bahagian, Mohd. Syam Muksan; Bendahari, Dato Hj. Abd. Razak Tun Sakaran; Ketua Penerangan, Datuk Ramlee Marahaban serta AJK dipilih Abd. Suhud Hj. Jaani; Asmawi Buang; Abdul Manan Indanan; Mohd. Salleh Lakani; Pusukah Abdul Rajak; Mohd. Yakin Jalling; Hj. Adam Tahing; Hj. Jakaria Iral; Puan Hjh. Suhura Hj. Abdul Salleh Sementara AJK dilantik terdiri dari Datuk Harman Mohammad; Datuk Basalie Hj. Abd. Haid; Dato Hj. Abdul Hajan Gurimbang; Haji Zainal Jalaludin; Nixon Hj. Abd. Habi; Mahathir Hj. Mohammad dan Puan Rafeah Buang.

“Kunjungan ini adalah sebagai tanda sokongan padu Umno Bahagian Semporna yang baharu kepada kepimpinan Presiden Parti Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman,” kata Nasir.

Beliau menambah, barisan kepimpinan baharu AJK Bahagian Umno ini merupakan gandingan AJK yang dipilih dan AJK yang dilantik bagi meneruskan perjuangan parti Umno selepas ditinggalkan oleh mantan Ketua Bahagiannya bersama beberapa orang AJK Bahagian;pemimpin pergerakan pemuda dan wanita.

Berhubung mengenai barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Semporna dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Semporna, Nasir menjelaskan masih lagi menunggu keputusan daripada pucuk kepimpinan kedua-dua pergerakan pusat.

Hadir sama pada kunjungan itu Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin dan Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Sapawi Haji Ahmad.

Loading...
scroll to top