Benarkah Universiti Oxford tawar Syed Saddiq biasiswa hampir setengah juta ?

Universiti Oxford telah mengesahkan bahawa biasiswa akan diberikan kepada Syed Saddiq Abdul Rahman untuk meneruskan pengajian pascasiswazah, namun jumlah yang akan diberikan tidak lebih daripada £40,000 iaitu jumlah yuran pengajian beliau lapor portal The Malay Mail.

Menurut laporan The Star pula, wakil pihak universiti terbabit turut menyatakan bahawa Syed Saddiq hanya diberikan separa biasiswa, namun tidak mendedahkan jumlah yang diberikan kepada ketua armada itu.

Melalui semakan yang dibuat melalui laman web rasmi Oxford’s Master of Public Policy, bagi pengambilan 2017-2018 yuran yang dikenakan adalah bernilai £39,992 (RM224,095) dan ini ternyata bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menguar-uarkan bahawa beliau telah menerima biasiswa bernilai RM400,000 daripada universiti yang berpengkalan di Britain itu

Semalam dalam sidang media penuh hiba Syed Saddiq menolak tawaran kemasukan ke University of Oxford.

Beliau turut mendakwa ditawarkan RM5 juta sebagai habuan untuk keluar dari Malaysia dan menyambung pelajaran ke University of Oxford selain melancarkan serangan terhadap tiga pemimpin tertinggi PPBM.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, jika benar Syed Saddiq ditawarkan rasuah untuk meninggalkan parti, ketua sayap pemuda PPBM itu perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Saya melihatnya sebagai berita hiburan. Sangat menghiburkan.

“Jika budak muda ini ada bukti, beliau sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa,” katanya

Loading...
scroll to top