UPKO Akan Bincang 13 Kerusi Baharu Dun Sabah

UPKO Akan Bincang 13 Kerusi Baharu Dun Sabah

KUALA PENYU: Bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) meminta beberapa kerusi daripada 13 kawasan tambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah,

(Upko) meminta beberapa kerusi daripada 13 kawasan tambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pemangku Presiden Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata sebagai parti yang mewakili kaum Kadazan, Dusun dan Murut (KDM), Upko berhak menuntut kerusi itu khususnya di kawasan yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi KDM.

“Dari segi prinsip, kita memikirkan kerusi yang memiliki lebih 60 peratus pengundi KDM, sebaiknya Upko diberi tanggungjawab mempertahankannya sejajar kedudukan parti ini yang mewakili masyarakat KDM dalam BN.

“Sebagaimana Umno, Upko diberi tanggungjawab di kawasan pengundi yang mempunyai lebih 60 peratus Melayu dan kawasan kaum Cina diberikan kepada MCA, begitu juga kami.

“Bagaimanapun, Upko sedia berbincang dengan rakan-rakan komponen BN bagi mencari jalan terbaik berhubung agihan 13 kerusi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Upko Zon D ( Beaufort, Kimanis, Papar) di Dewan Shahbandar Makang, kelmarin.

Hadir sama, Naib Presiden Upko Datuk Dr Ewon Ebin, Ketua Upko Bahagian Beaufort Limus Jury dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi ( AMT) Upko Pusat.

Terdahulu, Limus yang juga Adun Kuala Penyu dalam ucapannya menggesa kepimpinan BN mengekalkan jumlah kerusi yang telah diperuntukkan kepada Upko pada PRU lalu. Katanya ia perlu bagi mengekalkan kemenangan di kawasan sedia ada, sekaligus memastikan calon Upko berpeluang merampas kembali kerusi yang pernah tewas sebelum ini.

“Justeru, saya minta semua ahli Upko mengekalkan solidariti supaya kita terus digeruni pihak lawan dan pada masa sama membawa kemenangan besar kepada BN pada PRU akan datang,” katanya.

Pada persidangan kali ke- 2 itu, Madius turut menerima 1,242 borang keahlian baru Upko dari Zon D membabitkan Upko Bahagian Papar, Kimanis dan Beaufort.

Loading...

Leave a Reply

arrow