Sejak tahun 60-an, UPKO sudah amal ‘Katak Politik’ – Ongkili

Upko-budaya-katak-maximus-ongkili.jpg

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.. Ongkili menyifatkan tindakan lompat parti UPKO yang memenangi kerusi DUN atas logo, bendera dan manifesto BN sebagai tidak bertanggungjawab

KEKALAHAN Barisan Nasioanal (BN) pada Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) adalah disebabkan ‘Katak Politik’ dan bukan sebab tidak mendapat sokongan tegas Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Maximus Ongkili.

Katanya budaya lompat parti sudah lama diamalkan oleh Pertubuhan Pasok United Momogun Kadazandusun Murut (UPKO), parti BN yang bergabung dengan Presiden Warisan Shafie Apdal untuk membentuk kerajaan negeri.

Mereka menjadikan penyokong BN dan PBS sebagai pembangkang dan kini mereka berdepan diskriminasi dan ketidakadilan oleh kerajaan negeri yang diterajui Warisan,” kata Ahli Parlimen Kota Marudu itu yang menyifatkan tindakan lompat parti sebagai tindakan yang tidak berprinsip.

BACA JUGA

Mari kita jelaskan. Warisan tidak memenangi pilihan raya negeri. Ia benar-benar di luar jangka apabila UPKO memutuskan untuk keluar daripada BN, setelah memenangi lima kerusi DUN menggunakan logo, bendera dan juga manifesto BN. Ini benar-benar tindakan yang tidak bertanggungjawab, “katanya.

Ongkili berkata pemimpin Upko menanamkan budaya “katak politik” sejak awal tahun 1960-an.

Pada 1967, Upko meninggalkan Perikatan Sabah dan Adun Payar Juman ketika itu melompat parti ke Usno, maka ia membolehkan Usno membentuk kerajaan pada masa itu.

Pada 1994, bekas presiden Upko Bernard Dompok yang merupakan ahli pembangkang PBS menyertai perikatan BN menerusi Parti Demokratik Sabah dan kemudiannya Upko.

Menyifatkan ia sebagai pengkhianatan kali kedua, Maximus berkata pemimpin Upko sekali lagi mengulangi sejarah tersebut selepas melakukan perkara yang sama pada PRU14 lalu.

Anggota PBS harus berpegang pada perjuangan parti mempertahankan hak Sabah dalam persekutuan Malaysia.

“Lawan tetap lawan,” katanya.

Loading...
scroll to top