Warisan jawap Rahman Dahlan

Press Statement by Isnaraissah Munirah Majilis, Wirawati Warisan.
Dated: 8th February 2017

Tindakan MP Kota Belud menyalahkan bekas menteri KKLW Datuk Seri Shafie Afdal diatas kelewatan pembinaan Jambatan Sungai Damit Tuaran mengingatkan saya kepada bill board Gong Xi Fa Cai di Pekan Kota Belud. Saya akui bill board itu sangat menarik. Namun imej Ayam Jantan yang malap dan hampir tidak kelihatan menyerlahkan sifat Ayam Jantan Datuk Seri Abdul Rahman yang kuat berkokok dalam gelap.

Jambatan Sungai Damit saya difahamkan tidak disenaraikan oleh YB Tuaran sebagai keutamaan. Apabila dana KKLW dipotong berikutan keadaan kewangan Negara yang meruncing dengan meletupnya kes 1MDB Projek Jambatan Sungai Damit terpinggir. Kalau direnung Datuk Seri Abdul Rahman patut tahu siapa yang dipersalahkan.

Di Kota Belud berbagai projek yang diilhamkan dan diumumkan oleh Datuk Seri Abdul Rahman. Pertamanya dan yang saya syukuri tidak menjadi kenyataan ialah Empangan Tombotuon. Selain dari boleh menenggelamkan beberapa buah kampung saya tidak dapat bayangkan skala kerugian apabila Gempah Nabalu melanda kawasan tersebut.

Keduanya Projek Jelapang Padi Tempasuk yang tiada kesudahannya hingga kehari ini. Ada yang mencadangkan agar nama Projek tersebut ditukar kepada Projek Jelapang Mati.

Ketiganya Projek Perumahan Prima di Bukit Kelapian Pirasan yang merosakkan eko sistem kawasan berkenan. Kini beberapa rumah di hilir dibanjiri setiap kali hujan lebat. Setakat ini belum ada usaha-usaha remedial untuk menangani masalah banjir kilat. Saya menjangkakan Projek ini akan menghadapi masalah terutama dari aspek keselesaan dan keselamatan untuk didiami.

Keempat Projek Dataran Kota Belud yang berhampiran dengan rumah saya. Ini agak berjaya namun dataran Kota Belud menghina penggemar dan pemain bolasepak Kota Belud bilamana rumput yang ditanam diatas padang yang baru dinaik taraf lebih dilihat sebagai padang ragut lembu daripada padang bolasepak.

Kalau lah Datuk Seri Abdul Rahman seorang perancang ekonomi, kenapa masih ramai anak-anak Sabah yang merempat di luar Sabah untuk mencari pekerjaan sebagai sekuriti dan pekerja kilang?

Perlu diingatkan, Datuk Seri Shafie suatu ketika dulu adalah Naib Presiden UMNO. Kalau lah beliau memikir soal jawatan dan kesenangan, dia hanya perlu melakukan seperti apa yang Datuk Seri Abdul Rahman lakukan sekarang, membodek dan terus membodek. Namun dia memilih untuk mengorbankan pangkat dan kesenangan demi berkata benar. Rakyat di bawah tahu Datuk Seri Abdul Rahman tidak sanggup berkorban demi kebenaran. Berhentilah menyalahkan orang lain. Nikmati lah segala yang rakyat berikan sementara mereka belum menarik balik.

Baca juga :

Sebarang hebahan atau maklumbalas hantarkan melalui email : news@suarasabah.com

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow