Yong ‘sekolahkan’ Siambun, Kenapa Menyerang Sesama Sabah ?

yong-teck-lee-sekolahkan-siambun.jpg

KOTA KINABALU: Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Yong Teck Lee menasihatkan Bendahari Agung Parti Warisan Sabah, Terrence Siambun untuk bertenang selepas beliau menyerangnya kerana hanya mengajukan soalan.

Memetik laporan FMT, Yong telah meminta timbalan presiden Warisan, Darell Leiking yang baru-baru ini dilantik menjadi menteri persekutuan untuk meneruskan tuntutan hutang kerajaan persekutuan ke atas Sabah sebanyak RM1 trilion kerana beliau yang mula-mula membangkitkannya tahun lalu.

“Saya berkata ini dengan penuh keikhlasan supaya Sabah boleh memulihkan semua atau beberapa hak dan faedahnya daripada kerajaan persekutuan. Siambun juga sepatutnya setuju dengan isu ini.

“Lagipun, apa sahaja dana yang akan dibayar balik kepada kerajaan negeri akan digunakan oleh kerajaan Sabah yang kini diketuai oleh partinya,” katanya.

Tidak ada faedah jika Siambun menyerang sesama Sabahan seperti dirinya yang ingin mengingatkan para pemimpin untuk melakukan kerja sebagaimana mereka janjikan.

Siambun turut mempersoalkan kenapa Yong tidak pernah melakukan apa-apa mengenai isu tersebut ketika menjadi ketua menteri.

Yong berkata isu 40 peratus daripada keuntungan pendapatan bersih yang dikutip Kerajaan Persekutuan ke Sabah tidak timbul 20 tahun yang lalu dan tidak ada siapa pun dalam kerajaan atau pembangkang pada masa itu yang membangkitkan isu itu.

Sebaliknya Darrel Leiking yang mula membangkitkan perkara ini tahun lepas dengan angka RM1 trilion, yang katanya kerajaan persekutuan berhutang kepada Sabah, berdasarkan hasil bersih 40% yang dikutip dari negeri itu.

Kenyataan Darrel Leiking tahun lalu di Portal Free Malaysia Today dalam artikel bertajuk “Warisan claims RM1 trillion owed to Sabah under MA63 “. KLIK Pautan Berita

Siambun mengulas kenyataan Yong Teck Lee baru-baru ini meminta Leiking sama ada Ahli Parlimen Penampang itu akan menggunakan kedudukannya sebagai menteri perdagangan dan industri antarabangsa untuk menuntut pemulangan RM1 trilion yang Leiking berkata kerajaan persekutuan berhutang Sabah.

Siambun memberitahu Yong untuk tidak patut susahkan diri  bukan memberi arahan kepada Leiking kerana parti Yong telah gagal dalam percubaannya untuk menjatuhkan Barisan Nasional di Sabah.


ARTIKEL HOT Pilihan Pembaca Minggu Ini
Loading...
scroll to top