PRU-14: Dua Calon BN Sabah yang diumum lebih awal

calon-bn-sabah-diumumkan.jpg

Raymond Tan Shu Kiah (Kanan) dan Chan Tzun Hei (Kiri)

Mah Siew Keong

KOTA KINABALU: Kini hanya 58 calon DUN dan 25 parlimen lagi nama calon Barisan Nasional (BN) negeri Sabah yang belum diketahui selepas dua daripadanya sudah diumumkan lebih awal hari ini.

Presiden Nasional Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini telah mengumumkan dua calon yang akan mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah adalah antara yang terawal disahkan untuk mempertahankan kerusi N46 Tanjong Papat kerusi yang dimenanginya pada PRU13 selepas menewaskan calon DAP dengan majoriti 1,522.

Seorang lagi adalah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Elopura, Chan Tzun Hei, 35 yang akan bertanding di kerusi N.45 Elopura  selepas penyandangnya Datuk Au Kam Wah, mengumumkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dijangkakan senarai penuh calon BN Sabah akan diumumkan oleh Y.A.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada khamis ini di Bangunan UMNO Sabah.

Loading...
scroll to top