4 Wanita Ditahan Sorok Produk Dalam Coli

BATU PAHAT: Empat wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan kes curi puluhan produk kecantikan di sebuah butik di Parit Raja, di sini, dengan menyembunyikannya di dalam coli serta beg tangan mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata sebelum itu empat wanita berkenaan ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di sekitar bandar ini.

“Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini sebelum polis mendapat perintah menahan reman tiga hari bagi siasatan lanjut dan suspek dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

BH Online semalam menyiarkan laporan mengenai taktik empat wanita yang mencuri puluhan produk kecantikan di butik yang terletak di Parit Raja, di sini, dengan menyembunyikannya di dalam coli serta beg tangan mereka, terbongkar selepas pemilik butik meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) butiknya.

Rakaman CCTV berkenaan menjadi viral selepas pemilik butik itu memuat naik rakaman bertarikh 30 November lalu itu dan meminta pengguna media sosial membantunya mengesan empat wanita berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top