Amaran TSUNAMI di Alaska susulan Gempa 8.2 skala richter

PIHAK berkuasa Alaska mengeluarkan amaran kepada penduduk di sekitar pantai negara itu untuk berpindah kerana bimbang berlakunya tsunami, susulan gempa berukuran 8.2 skala richter yang menggegarkan Teluk Alaska awal pagi Selasa.

Menurut pakar geologi, gempa berkenaan dilaporkan terjadi di 256 kilometer ke kawasan tenggara Chiniak, dengan kedalaman 10 kilometer pada sekitar 9.31 pagi (GMT).

“Sekiranya anda berada di kawasan pantai, anda diarahkan untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi. Amaran tsunami yang dikeluarkan memberi petanda bahawa tsunami dan banjir mungkin atau sudah berlaku,” demikian arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan Kecemasan Anchorage untuk Alaska dan British Columbia.

Amaran Tsunami turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di sekitar Alaska, sekitar pantai barat Amerika Syarikat dan Hawaii.

“Berdasarkan kepada data yang sedia ada, tsunami mungkin melanda dan berpotensi memusnahkan kawasan pantai walaupun terletak jauh dari pusat berlakunya gempa bumi,” demikian menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Manakala Jabatan Meteorologi Jepun sedang memantau keadaan tersebut namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow