Maut Dipanah Petir

Dipanah-Petir.png

Puchong: Suami isteri maut dipanah petir di taman permainan di Jalan Kenari 10, Bandar Puchong Jaya, di sini, petang tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 57 dan 59 dikatakan beriadah di taman berkenaan.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong, berkata seorang daripada mangsa berdarah di kepala ketika anggota tiba di lokasi kejadian.

 

“Pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba lokasi pada jam 7 malam mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

 

“Mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

 

Katanya, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan panahan petir pada batu laluan pejalan kaki di lokasi kejadian.

 

“Kita mengesan pendarahan di muka mangsa berkemungkinan akibat terjatuh atau terhantuk,” katanya.

 

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top