Adik Shafie letak jawatan merajuk tak dipilih Presiden SAFA ?

Hamid-Apdal.jpg

Hamid Apdal

Hamid Apdal letak jawatan Timbalan Presiden 1 SAFA

Belumpun mula mengorak langkah, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) disentak lagi dengan perletakan jawatan Timbalan Presiden 1, Hamid Apdal yang baharu terpilih pada Kongres Tahunan persatuan itu empat hari lalu.

Hamid, 53, yang juga adik kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal itu mengumumkan perletakan jawatannya dalam sidang media di kediamannya di Petagas dekat sini hari ini.

Walaupun didesak wartawan, Hamid tidak memberikan alasan khusus sebab beliau meletakkan jawatan yang dimenanginya dengan undi terbanyak di kalangan empat calon semasa kongres di Likas Square Ballroom pada Sabtu lalu berkenaan.

“Namun atas sebab-sebab tertentu yang saya tidak dapat elakkan maka dengan ini, pada petang ini saya mengisytiharkan untuk meletak jawatan sebagai timbalan presiden Safa," katanya.

Hamid berkata, keputusannya meletakkan jawatan itu bagaimanapun belum dimaklumkan kepada sesiapa dan beliau juga belum menghantar surat rasmi.

“Antara usaha yang akan saya lakukan sekiranya dipilih (timbalan presiden) nanti ialah membangunkan bola sepak di peringkat luar bandar. Kita memiliki ramai bakat di luar bandar namun saya percaya dengan program lebih teratur, kita mampu melahirkan lebih ramai lagi (pemain dari luar bandar)"

Hamid Apdal ketika mengesahkan bertanding kerusi Timbalan Presiden[Pautan]

Katanya, surat rasmi perletakan jawatannya mungkin tidak perlu kerana beliau juga belum menerima surat rasmi perlantikan sebagai timbalan presiden. – kenyataan beliau yang dipetik di Utusan Borneo.

Sementara itu penyokong pasukan bolasepak Sabah turut memberikan reaksi mereka atas perletakan jawatan itu.

“Apa bah lagi drama kamu ini. Sudah sudahlah. Penyokong yang kena kasi bodoh bodoh," tulis Shahrin Said dalam Group facebook Sabahrhinos.

Kyle Amie Herrera menuliskan, “Aiks..napa bertanding kalau letak jawatan..tiada peluang mau hmmm hmmm ka sb org lain yg menang presiden..kiki".

Beberapa pengguna mendakwa tindakan tidak profesional perletakan jawatan itu disebabkan kekecewaan beliau kerana beberapa calon yang menang termasuk presiden bukan daripada ‘kumpulan mereka’.

Namun mereka juga tidak menolak kemungkinan, beliau kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai presiden persatuan ini.

Ikuti perbincangan lanjut di sini

Reaksi Penyokong Pasukan Bolasepak Sabah

Highlight Piala Malaysia 2018 Selangor 1-2 Sabah

Loading...
scroll to top