Ingatkan Menang Semalam..

Liga-perdana-sabah.jpg

Bolasepak Liga Perdana: Kedudukan Sabah kekal di belakang Kuantan FA selepas hanya mampu seri 3-3 menentang Kuantan FA di stadium Darul Makmur semalam.

Pasukan bimbingan Jelius Ating mensia-siakan peluang mengutip 3 mata penuh untuk memintas Kuantan FA di tangga kelapan.

Dalam perlawanan semalam skuad badak terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ke-6 hasil jaringan penyerang lincah Sabah, Maxsius Musa.

Leopold dan pemain import baharu Sabah asal Korea, Hoon masing-masing menyumbang satu gol menjadikan keputusan pada minit ke-48 Sabah berada selesa di hadapan 3-1.

Kedudukan tersebut gagal dipertahankan pemain Sabah selepas penyerang Kuantan FA, Mat Ariff A. meledak hatrik mengikat pelawat untuk berkongsi mata.

Walaupun rata-rata penyokong kecewa dengan keputusan semalam namun mereka tetap meletakkan kepercayaan kepada Jelius Ating untuk membentuk Sabah menjadi pasukan digeruni lawan di masa akan hadapan kelak.

Loading...
scroll to top