Jika sayangkan bolasepak Sabah, Sila Letak Jawatan

Jika-sayangkan-bolasepak-Sabah-Sila-Letak-Jawatan.jpg

Jika sayangkan bolasepak Sabah, Sila Letak Jawatan

“Inilah masa untuk meletak jawatan. Anda gagal berkali-kali. Inilah masa untuk membiarkan pasukan pegawai yang lebih bertenaga mengambil alih.”

[dropcap color=”#252cf9″]B[/dropcap]ekas pengurus pasukan, Ronald cooke yang membimbing pasukan bola sepak negeri untuk memenangi kejuaraan piala FA pada 1995 menyokong pendekatan ketua menteri yang juga presiden Bola Sepak Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk memberi nafas baharu kepada bola sepak Sabah.

Ronald Cooke

Ronald Cooke

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada isnin, Cooke berkata beliau mengalu-alukan pendirian Musa untuk menyusun semula Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Datuk Musa Aman untuk memberikan nafas baharu kepada bola sepak Sabah yang tidak berkembang selama 20 tahun.

Beliau berkata pegawai-pegawai tiada apa-apa untuk ditunjukkan dalam tahun ini kecuali janji di permulaan musim dan beratus alasan di penghujung musim.

‘Ia akan berterusan di mana para pegawai menyalahkan kepada permainan yang salah. Saya dan ramai lagi peminat bola sepak Sabah percaya kita mempunyai bakat dalam pemain bola sepak muda kita.

Berita Terdahulu: Presiden SAFA Laung Amaran

Kita memerlukan perubahan sebenar. Saya percaya ketua menteri kita serius tentang mesej jelasnya kepada pegawai-pegawai SAFA.

‘[quote font_size=”22″ color=”#ffffff” bgcolor=”#f23737″ bcolor=”#ff3a3a” arrow=”yes”]Pengurus datang dan pergi. Pemain datang dan pergi tetapi pegawai di SAFA kelihatan seperti perabot tetap. Mereka tidak pernah berubah atau memberi laluan untuk membiarkan pegawai baharu yang mempunyai visi mengambil alih’.[/quote]

‘Jika benar pegawai-pegawai ini cintakan sukan ini, inilah masanya mereka meletak jawatan jika mereka membaca dengan teliti kenyataan oleh presiden SAFA. Beliau menyeru agar pegawai-pegawai itu meletak jawatan.

Saya percaya ramai bekas pemain negeri mampu membuktikan mereka adalah lebih baik dalam membantu Ketua Menteri dalam membawa SAFA ke tahap yang lebih tinggi dan mengembalikan zaman kegemilangan.”

dream team sabah 1995

Dream Team.. (Berdiri dari kiri) Gerard Mojiliu, Veselin Kovacevic, Khairul Azman, Milomir Seslija, Ong Kim Swee, Scott Ollerenshaw (Duduk dari kiri) Yap Wai Loon, Jainin Tinin, G Raveychandran, Junaidy Tuah and Matlan Marjan.

Beliau menggesa SAFA memanfaatkan bakat yang sedia ada daripada bekas pemain yang baru baru ini mengadakan pertemuan semula dan benar benar mencintai dan mengetahui cara permainan yang lebih baik.

Loading...
scroll to top