Kiko Insa Dipanggil Perkuat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada, akhirnya memanggil tonggak tengah Pahang, Kiko Insa, untuk menyertai latihan pusat kebangsaan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong, 5 September ini.

Keputusan Vingada itu satu kejutan kerana pemain berstatus naturalisasi dari Sepanyol itu tidak pernah dipanggil menyertai latihan Harimau Malaya untuk mana-mana kejohanan.

Pemain berusia 29 tahun itu boleh mewakili Malaysia berikutan ayahnya berasal dari Sabah dan sudah mendapat taraf kerakyatan sini.

Beiau sebelum ini pernah beraksi di Sepanyol bersama skuad Albacete B serta Real Murcia B dan mengembangkan kariernya di Indonesia bersama Arema FC dan Bali United.

Hanya 13 pemain daripada senarai 26 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sulung di bawah kendaliannya dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.

Sebelas pemain yang digugurkan adalah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Afif Amiruddin, Mohd Faisal Mohd Rosli (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Amri Yahyah (Selangor), Safee Sali, Mohd Nazrin Syamsul Bahri (PKNS FC) serta Izham Tarmizi Roslan, Mahalli Jasuli, S Chanthuru dan Azammuddin Akil (Johor Darul Ta’zim).

Sementara itu, dua lagi pemain iaitu Matthew Davies, 22 dan Nor Azam Abdul Azih, 22, telah dilepaskan untuk bersama skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos ini.

Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan seramai 11 pemain baharu, termasuk Kiko Insa, selain memanggil semula dua pemain, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), yang sebelum ini terpaksa diketepikan kerana kecederaan.

Untuk permulaan, semua 24 pemain ini akan menyertai latihan pusat di Stadium Hang Tuah, Melaka sebagai persiapan menghadapi tiga aksi persahabatan antarabangsa A.

Tiga aksi berkenaan adalah bertemu Syria di Stadium Hang Jebat pada 22 Ogos, diikuti bertandang ke Macau pada 25 Ogos dan menentang Myanmar di Yangon pada 29 Ogos.

Mereka akan pulang ke tanah air pada 29 Ogos untuk menyambung latihan pusat di Melaka bagi menghadapi Hong Kong di Stadium Hang Jebat pada 5 September.

Senarai 24 pelatih Harimau Malaya

Penjaga gol: Farhan Abu Bakar (Kedah), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Khairulazhan Khalid (Selangor)

Pertahanan: Khairul Helmi Johari (Kedah), Fitri Omar (Kedah), Rizal Ghazali (Kedah), Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), Fadhli Shah (JDT), Azrif Nasrulhaq (JDT), Shahrom Kalam (Perak), Nazirul Naim Che Hashim (Perak)

Tengah: Baddrol Bakhtiar (Kedah), Syazwan Zainon (Kedah), Akram Mahinan (Kedah), Safiq Rahim (JDT), Amirulhadi Zainal (JDT), Nasir Basharudin (Perak), Nazrin Nawi (Perak), Kiko Insa (Pahang), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United)

Penyerang: Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Darren Lok (JDT), Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC)

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow