Maxsius, Mafry kembali sertai latihan

KOTA KINABALU: Dua pemain yang cedera sebelum ini iaitu Maxsius Musa dan Mafry Balang kembali menguatkan jentera Sabah menjelang pertemuan dengan Sarawak di likas sabtu ini.

Ketua jurulatih, Jelius Ating kini punya beberapa pilihan kombinasi pemain dan formasi permainan pasukan dengan kehadiran pertahanan import, Francis Kasonde.

“Kita kembali dengan skuad penuh..sudah ada empat pemain import manakala Max (Maxsius Musa) dan Mafry (Balang) yang cedera sebelum ini telah kembali menyertai latihan penuh sejak Isnin lalu.

“Ini memberikan kami tambahan pilihan kombinasi pemain dan formasi permainan. Sebelum ini kami guna formasi 4-4-2 tetapi kini kita juga boleh guna formasi 3-5-2. Apapun ini akan bergantung kepada keselesaan pemain dan situasi perlawanan yang akan dihadapi,” kata Jelius ketika ditemui di Stadium Likas pada Selasa.

“Kita kembali dengan skuad penuh.. sudah ada empat pemain import manakala Max (Maxsius Musa) dan Mafry (Balang) yang cedera sebelum ini telah kembali menyertai latihan penuh sejak ” Isnin lalu.

Menurutnya, pemain sudah serasi dengan formasi 4-4-2 yang menyaksikan Sabah mencatat dua kemenangan dan satu seri selepas tiga perlawanan Liga Premier diharungi dengan diperkuatkan hanya tiga pemain import sebelum ini.

Sabah menang perlawanan pertama 4-0 ke atas Terengganu FC II di tempat sendiri (Stadium Likas), seri 1-1 dengan Felcra FC perlawanan kedua di tempat lawan dan menang 2-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlawanan ketiga di tempat sendiri.

Ketiga-tiga perlawanan itu diharungi dengan kekuatan tiga pemain import sahaja iaitu Heo Jaenyong (tengah), Lee Gil Hoon dan Hector Omar Ramos Lebron atau lebih dikenali sebagai Pito (penyerang).

Mafry dan Maxsius mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang PDRM manakala Sabah kembali mendapatkan khidmat Kasonde selepas perlawanan itu, menggantikan Igor Cerina, pemain sama yang digantikannya selepas dilanda kecederaan kaki yang memaksanya diketepikan sejak pertengahan musim lalu.

Jelius berkata, beliau kini memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Sarawak untuk saingan Liga Premier di Stadium Likas pada Sabtu ini (24 Februari) sebelum memikirkan perlawanan lebih besar menentang pasukan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan kalah mati pusingan kedua Piala FA juga di Stadium Likas pada 3 Mac.

“Sekarang kita juga berlatih dengan formasi 35-2. Kalau pemain selesa dengan formasi ini, mungkin kita akan guna. Kita tunggu dan lihat dulu dalam latihan beberapa hari ini.

“Kalau tidakkan pun, kita akan kekalkan formasi 4-4-2 yang pemain memang sudah serasi. Randy (Baruh) dan Jenius (Karib) juga telah menjalankan tugas dengan baik di pertahanan dengan formasi ini,” kata Jelius.

Empat pertahanan yang digunakan Jelius sebelum ini menyaksikan Mafry dan Rawilson Batuil dibantu Randy dan Jenius di kiri dan kanan.

Jika menggunakan formasi 3-5-2, tiga pertahanan utama dijangka akan dipikulkan kepada Kasonde, Mafry dan Rawilson.

Sabah kini di kedudukan kedua carta liga dengan tujuh mata iaitu dua mata di bawah pendahulu, Felda United FC manakala UiTM FC, Felcra dan MISC-MIFA dua mata di belakang Sabah.

Loading...

Leave a Reply

arrow