Messi Kahwini Kekasihnya sejak zaman kanak-kanak

ROSARIO (Argentina): Bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi mengahwini kekasihnya sejak zaman kanak-kanak, Antonella Roccuzzo di kampung halaman mereka di Rosario, hari ini.

‘Perkahwinan abad ini” itu berlangsung meriah dengan dihadiri rakan bola sepak dan selebriti termasuk penyanyi pop Shakira.

Upacara perkahwinan diadakan secara tertutup itu menampilkan kedua-dua pasangan dengan riang gembira ketika berjalan di atas permaidani merah dengan ratusan kru dan wartawan berkumpul di kompleks hotel dan kasino di bandar itu.

Roccuzzo tampil dengan gaun putih ala ikan duyung hasil rekaan pereka fesyen Sepanyol, Rosa Clara. Shakira dan suaminya, termasuk rakan karib Messi, Gerard Pique, Neymar dan Luis Suares, terbang ke Argentina untuk menyertai 260 tetamu bagi upacara pernikahan itu.

Media Argentina menyifatkan sebagai ‘perkahwinan abad ini’ kepada Bandar Rosario, bandar pelabuhan di utara negara itu di mana Messi, 30, dan Roccuzzo, 29, bertemu kepada Messi berusia sembilan tahun.

Bekas rakan sepasukan Barcelona yang kini beraksi untuk Chelsea, Cesc Fabregas juga hadir, termasuk rakan penyerang skuad kebangsaan Argentina, Sergio Aguero yang kini bersama Manchester City.

Messi dan Roccuzzo tinggal di Barcelona namun masih kerap pulang ke Rosario untuk bercuti. Meskipun Messi berpindah ke Sepanyol ketika berusia 13 tahun untuk menyertai Barcelona, pasangan itu terus berhubung.

Messi menempa nama apabila memenangi anugerah berprestij bola sepak, Ballon d’Or sebanyak lima kali dan menjadi pemain terhebat dunia. – AFP

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow