Nyalaan obor Sukan Sea di puncak Gunung Kinabalu

Nyalaan obor Sukan Sea di puncak Gunung Kinabalu

OBOR SUKAN SEA DI PUNCAK KINABALU

KUNDASANG: Penyalaan Obor Sukan Sea Ke-29 Kuala Lumpur 2017 di puncak Gunung Kinabalu pada 5 Jun, oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar, akan diiringi 10 orang Mountain Torg (Team KJ/KBSM), 18 orang kakitangan Taman-Taman Sabah serta 10 orang malim gunung.

Kenyataan Kementerian Bella dan Sukan Malaysia (KBSM), memberitahu, Khairy bersama rombongan KBSM akan memulakan pendakian Gunung Kinabalu dan bermalam di Laban Rata pada pagi 4 Jun dan memulakan pendakian ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu di mana tepat jam 5.00 pagi memulakan simbolik nyalaan obor di puncak gunung berkenaan.

Team KBSM dan Maim akan membawa turun obor ke kaki gunung (Taman Kinabalu), dijangka tiba antara 1.30 petang 2.30 petang kemudian bergerak ke perkarangan Restoran Puteri Nabalu ke Pentas Budaya Pekan Kundasang oleh Khairy bersama pelari sokongan tempatan.

Peserta larian obor kemudiannya akan disambut di Pentas Budaya pekan Kundasang oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, dan para pemimpin, termasuklah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr.Ewon Ebin, Adun Kundasang Datuk Dr.Joachim Gunsalam, Adun Paginatan Datuk Siringan Gubat bersama para jemputan yang lain.

Acara berterusan dengan membuat larian oleh VIP tempatan dari Pentas Budaya mengelilingi pekan Kundasang dan kembali ke Pentas Budaya sehinggalah majlis bersurai.

JOH WID
JOH WID (Bertopi Merah).. Anak Jati Sabah yang akan menyertai Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar (Team KJ/KBSM)
Loading...

Leave a Reply

arrow