Permulaan baik buat Skuad Badak

KOTA KINABALU: Kemenangan 0-1 ke atas PDRM di tempat lawan dalam saingan liga perdana yang baru bersambung malam tadi adalah satu permulaan yang baik buat pasukan Sabah.

Pemain asal Korea Selatan, Lee Gil Hoon muncul wira skuad Badak selepas berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan semalam.

Kejayaan menewaskan PDRM malam tadi merupakan kemenangan keempat Sabah pada musim ini.

Bagaimanapun kemenangan semalam tidak mengubah kedudukan Sabah dan masih kekal di tangga kesembilan dan masih belum selamat daripada jatuh ke zon penyingkiran jika gagal mengutip mata di Likas pada 10 Julai depan berdepan PKNP.

Loading...

Leave a Reply

arrow