Presiden FAM: Annuar Musa Tarik Diri Pemilihan

Presiden-FAM-Annuar-Musa-Tarik-Diri.jpg

Presiden FAM  TMJ Menang Tanpa Bertanding

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa pada Khamis mengumumkan beliau menarik diri daripada merebut kerusi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini sekali gus memberi ruang kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menang tanpa bertanding.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Ketereh di pusat media di Parlimen pada Khamis.

Terdahulu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengesahkan pencalonannya untuk bertanding merebut kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini menjadikan perebutan kerusi panas itu pertembungan satu-lawan-satu, selepas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pencalonannya pada 6 Februari lalu.

Pemilihan jawatankuasa baharu badan induk bola sepak negara bagi penggal 2017-2021 akan diadakan pada Kongres FAM ke-53, 25 Mac ini.

Sementara itu di Twitter memetik Tweet terbaru dari Portal bolasepak mengesahkan secara rasmi TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim menang tanpa bertanding.

Sumber menyatakan alasan Annuar Musa menarik diri sebagai Presiden FAM kerana adalah mustahil untuknya menumpukan masanya terhadap bolasepak.

 

Loading...
scroll to top