Presiden SAFA: Shafie ketinggalan undi popular netizen

Presiden-SAFA-Shafie-ketinggalan-undi-popular-netizen.jpg

Tiga yang mendapat undian tertinggi setakat ini yang didominasi oleh Tan Sri TC Goh

UNDIAN di media sosial di Akaun Facebook GROUP Sabahrhinos.com Klik Sini bagi memilih Presiden baharu Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA). Setakat ini lima orang yang telahpun mendapat percalonan daripada anggota gabungan atau SAFA Daerah.

Kredit kepada saudara Sharin Said yang banyak berkongsi info serta maklumat terkini mengenai perkembangan bola sepak negeri Sabah.

Keputusan Terkini:

** Kali Terakhir dikemaskini pada 28 Julai 2018,1.30 petang

#

Nama

 Undian

1

YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj Mohd Apdal

29

2

Tan Sri TC Goh

698

3

 Alijus @ Mohd Ali Haji Sipil

59

4

Datuk Yusoff Datuk Seri Panglima Hj. Mohamed Kasim

4

5

Hj Hamid Hj. Mohd Apdal

26

Nota: Undian yang dijalankan di media sosial ini tidak mempengaruhi keputusan undian sebenar dalam Kongres Luar Biasa (EGM) SAFA pada 11 Ogos 2018. Bagaimanapun keputusan undian ini boleh menjadi gambaran awal kehendak penyokong iaitu siapa yang mereka harapkan untuk menerajui SAFA di masa akan datang berdasarkan kepada percalonan yang ada.


Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) bakal dipimpin presiden baru pada 11 Ogos depan apabila persatuan itu dijadualkan mengadakan kongres tahunannya.

Antara agenda utama kongres itu nanti ialah mengisi empat kekosongan jawatan, termasuk presiden, ekoran peletakan jawatan penyandangnya sebelum ini, Tan Sri Musa Aman, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah.

Tiga lagi kekosongan adalah dua jawatan timbalan presiden yang sebelum ini disandang Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Lawrence Gimbang sementara kerusi naib presiden sebelum ini disandang Datuk Harun Ismail.

Lawrence dan Harun meletak jawatan manakala Tawfiq meninggal dunia pada Mac lalu.

Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil, berkata penetapan tarikh itu dalam pada Kongres Luar Biasa (EGM) SAFA yang dipengerusikan pemangku Presiden, Datuk Yusof Kassim, di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Katanya, EGM itu telah meluluskan Pindaan Artikel 27 Perlembagaan SAFA bagi membolehkan SAFA mengadakan kongres biasa dalam tempoh 14 hari selepas notis berbanding 90 hari sebelum ini.

EGM itu merupakan yang kedua selepas yang pertama tidak diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan ekoran tidak cukup ahli gabungan.

“Kehadiran pada Sabtu cukup korum di mana ia dihadiri 35 perwakilan daripada 22 anggota gabungan atau SAFA Daerah. Sebagai makluman, kita ada 26 gabungan SAFA Daerah,” kata Alijus.

Untuk mengundi sila sertai Group Sabahrhinos.com  KLIK SINI

Loading...
scroll to top