Sabah mulakan cabaran Liga Perdana di Likas malam ini

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih, Jelius Ating berharap pemain cepat mendapat rentak untuk memburu kemenangan apabila memulakan cabaran Liga Premier menentang Terengganu FC II di Stadium Likas malam ini (sepak mula 8.15 malam).

“Tidak banyak perubahan barisan pemain berbanding skuad musim lalu. Kita juga kurang perlawanan pemanas badan kompetitif. Sebab itu saya harap pemain akan cepat dapat rentak kerana dalam keadaan ini ia selalu sukar untuk perlawanan pertama.

“Kita malahan kurang satu pemain import kerana Igor (Cerina) masih dibelenggu masalah kecederaan kaki yang dialaminya sejak pertengahan musim lalu.

“Kita ada penggantinya musim lalu untuk pasukan kembali dengan kekuatan empat import tetapi musim ini kita balik dengan kekuatan tiga import apabila Igor belum pulih dari kecederaan yang mungkin perlu masa lebih lama untuk pulih,” kata Jelius ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Tiga import sandaran Sabah adalah dua muka lama dari Korea Selatan iaitu Heo Jaenyong dan Lee Gil Hoon serta pemain baru dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron yang dikenali sebagai Pito.

Bagaimanapun katanya, pasukan telah berlatih bermain tanpa Igor dan beliau percaya pemain tempatan yang menjadi sandaran di bahagian pertahanan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Kita telah bawa masuk Mafry (Balang). Beliau adalah antara kekuatan baru dalam pasukan dan akan mengetuai benteng pertahanan.

“Kita juga ada Pito sebagai penyerang import baru. Saya harap beliau akan cepat menyesuaikan diri kerana baru bersama pasukan dan ini perlawanan pertamanya dalam Liga Malaysia. Saya harap penyokong juga beri masa kepadanya sesuaikan diri kerana saya percaya beliau akan menjadi nadi di hadapan,” katanya.

Mafry adalah bekas pemain Sabah tetapi telah beberapa musimberaksiuntukpasukan lain manakala Pito adalah penyerang kebangsaaan Puerto Rico yang baru kirakira tiga minggu bersama pasukan.

Hanya Mafry dan Pito dijangka muka baru dalam kesebelasan utama Jelius malam ini manakala pemain lain adalah kesebelasan biasa musim lalu.

“Memang tidak banyak tambahan kekuatan dari segi pemain baru tetapi saya berpuashatidenganpersiapan latihan. Saya telah cuba sedaya upaya pertingkatkan prestasi pemain dan saya fikir semuanya berjalan lancar.

“Persiapan pasukan hanya diganggu oleh kurangnya perlawanan persahabatan yang kompetitif yang sebenarnya sangat penting untuk menilai kemampuan sebenar pasukan. Syukurlah kita dapat dua perlawanan pesahabatan yang bagus di Filipina walaupun ia agak lewat,” katanya.

Jelius hanya dapat menguji skuad penuhnya pada dua perlawanan persahabatan di Filipina pada 23 dan 25 Januari lalu di mana mereka tewas kedua-duanya, kalah 1-5 di tangan Global Cebu FC dan 1-2 ditangan Kaya FC Makati.

“Dua pelawanan itu sebenarnya tidak cukup untuk persiapan dan agak lewat …. dan tanpa ada banyak perubahan barisan pemain, janganlah letak harapan terlalu tinggi bahawa pasukan ini telah jauh lebih baik berbanding musim lalu. Saya percaya inilah yang diharapakan semua orang. Saya juga berharap begitu.

“Apapun kami telah cuba lakukan yang termampu membaiki kelemahan yang dikenalpasti daripada perlawanan di Filipina itu. Saya harap penyokong akan bersama-sama untuk memberi sokongan kepada pemain

“Kami kena berfikiran positif dan fokus untuk buru kemenangan setiap perlawanan. Untuk perlawanan pertama ini terutamanya ia di gelanggang sendiri, kemenangan adalah keputusan yang baik untuk suntikan moral menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Jelius dijangka memulakan perlawanan dengan Robson RendyRiningsebagaipenjaga gol utama manakala Mafry akan mengetuai barisan pertahanan bersama ketua pasukan, Rawilson Batuil, Jenius Karib dan Randy Baruh.

Bahagian tengah pula dijangka akan digerakkan Heo bersama Mohd Azizan Nordin, Sabri Sahar dan Maxsius Musa manakala jentera serangan akan dikemudikan Pito dan Lee.

Loading...

Leave a Reply

arrow