Sabah VS JDT: 21,000 Tiket Habis ?

Sabah-VS-JDT.jpg

Dalam tempoh kurang tiga jam, kuota 10,000 tiket perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Sabah dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah habis dijual di Stadium Likas, di sini, semalam.

Kuota itu sebahagian daripada 21,000 tiket yang diperuntukkan untuk perlawanan itu dengan 11,000 keping lagi akan mula dijual semalam.

Orang ramai yang menyerbu kaunter tiket perlawanan seawal jam 6 pagi hari ini – Foto Sabah FA

Perlawanan bermula jam 8.15 malam ini dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak di negeri ini kerana kehadiran JDT yang berstatus kelab gergasi negara ketika ini.


Info Jualan Tiket

—————————

Untuk makluman tiket-tiket Perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2018 di antara Sabah V JDT telah habis dijual hari ini.

Kesemua 21,000 tiket habis dijual.

Dikemaskini : Sebentar tadi sekitar jam 12 tengahari baru sahaja dimaklumkan sebanyak 11,000 tiket telah habis dijual di kaunter yang dibuka awal pagi ini.

Loading...
scroll to top