Skuad Badak bikin tok gajah kecewa

Hector-Ramos-sabah-fa.png

Hector Ramos berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol walaupun cuba dihalang pemain Pahang semalam

Pemain skuad badak mengecewakan skuad tok gajah selepas mereka kempunan memungut tiga mata semalam.

Pahang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan D Piala Malaysia bertemu Sabah di Stadium Darul Makmur, di sini malam ini.

Anak buah Dollah Salleh terlebih dahulu menamatkan kebuntuan jaringan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Austin Amutu pada minit ke-46.

Tidak mahu menunggu lama, Sabah berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan separuh masa kedua tidak sampai seminit bermula menerusi jaringan Hector Ramos.

Sepanjang 45 minit separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang keemasan menjaringkan gol namun gagal disempurnakan barisan serangan masing-masing.

Loading...
scroll to top