Skuad Badak terus ‘menyondol’

Pasukan Sabah beraksi cemerlang selepas berjaya mengutip tiga mata penuh di stadium Likas malam tadi.

Pemain gantian Rahman Shah Marajeh muncul wira Sabah apabila meledak gol kemenangan dalam masa kecederaan, sekali gus memastikan kemenangan pasukannya dalam aksi kumpulan D saingan Piala Malaysia bertemu PKNP FC.

Rahman menyempurnakan bola muntah dari penjaga gol PKNP FC, Muhamad Syazani Mat Puat yang sebelum itu menampan sepakan percuma Sabri Sahar.

Pada perlawanan itu, tuan rumah lebih dulu mencemaskan pintu gol PKNP FC pada minit kelima menerusi sepakan percuma Rodoljub Paunovic, bagaimanapun berjaya ditepis keluar penjaga.

Kedudukan Kumpulan D selepas 2 perlawanan Piala Malaysia

Pada minit ke-26, giliran pasukan pelawat pula mencipta peluang menerusi Mohd Hafiz Ramadan, namun percubaannya diselamatkan Rozaimie Rohim.

Sabah kemudian hampir meledak gol pada minit ke-62, namun tandukan Paunovic hasil hantaran Leopold Alfonso Otong sekadar singgah di tiang gol.

Seminit kemudian, gawang PKNP FC sekali lagi bergegar, kali ini menerusi tandukan Maxius Musa dan kedudukan 0-0 itu kekal sehingga tamat sepasuh masa pertama.

Di babak kedua, peluang terbaik Sabah hanya hadir pada minit ke-83 menerusi Maxsius yang melakukan rembatan dari dalam kotak penalti, namun sedikit tersasar.

Dengan kedudukan seakan berakhir seri, Rahman tampil menceriakan kira-kira 3,000 penyokong tuan rumah apabila meledak gol dalam masa kecederaan.

 

Loading...
scroll to top