Ultras Sabah (NBU) Suntik ‘semangat’ Skuad Badak

North Borneo Ultras

ULTRAS SABAH

KOTA KINABALU: Kelab penyokong pasukan bolasepak negeri Sabah yang paling berpengaruh di negeri ini iaitu North Borneo Ultras dalam posting di media sosial memberi peringatan dan suntikan semangat kepada para pemain serta penyokong pasukan negeri ini.

Dalam tulisan yang dimuatnaik di facebook  itu, Ultras Sabah melahirkan kekecewaan mereka kerana sudah lima tahun pasukan Sabah FA terjerumus di dalam saingan liga perdana.

Walaupun pengurusan pasukan hanya menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok empat teratas dalam liga namun apa yang diharapkan oleh penyokong Sabahrhinos adalah pasukan ini layak dalam saingan liga super pada tahun depan iaitu liga utama di Malaysia.

[quote font_size=”19″ font_style=”normal” color=”#ffffff” bgcolor=”#f26363″ bcolor=”#ffffff” arrow=”yes”]”Untuk pemain baru, selamat datang. Suruh tu import baca ni. Ajar durang cakap Sabah. Main bagus-bagus kamu. Pemain-pemain sedia ada, teruskan berjuang. Dekati penyokong, jauhi rasuah – ingat tu? Habis game jangan lari kalau kalah (kalau!). Bila kamu main bagus kami anggap kita kalah sama-sama (sori abang curi ayat filem). Kamu tau juga love-hate relation sesama kita. Kami maki bukan kami benci. Kalau kami benci ndak kami ke seberang tinguk kamu main oh. Play your heart out!” – North Borneo Ultras[/quote]

Akhir sekali yang ditujukan kepada penyokong, marilah kita bersatu demi negeri dan bersama meniti perlahan-lahan untuk sampai ke puncak sana. – Suara Masyarakat Sabah

Ultas Sabah
Sabah akan membuka tirai liga Perdana 2017 bertemu Negeri Sembilan di tempat lawan pada 20 Januari 2017 (Jumaat)
Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow