Kalau boleh nak jumpa pemandu bas untuk ucap terima kasih

“Saya minta maaf banyak-banyak,” kata seorang pengguna facebook selepas kereta dipandunya hampir-hampir bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Tamparuli-Kundasang baru-baru ini.

Pemandu kenderaan yang dikenali sebagai Tam bersama dengan beberapa yang lain dipercayai ahli keluarganya pada selasa lalu sangat bersyukur selepas terselamat daripada bertembung dengan sebuah bas ekspress.

Tam kemudian memuatnaik satu video bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas berkenaan.

Beliau turut menggesa agar pihak berkenaan dapat memantau balik jalan berkenaan kerana jalan itu sangat mengelirukan dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.

Tulisan asal daripada pengguna facebook berkenaan:

Kepada driver bas express sy mintak maap byk2….jalan mengelirukan…jln dr tamparuli ke kundasang…sy sekeluarga berterima kasi pada anda….hanya Allah yg tahu….TQ ABG DRIVER BAS EXPERESS…

PIHAK BERWAJIB TLG PANTAU APA YG DH TERJADI..JGN SEKADAR LEPAS BATUK DI TANGGA JLN ANDA MENGELIRUKAN RAKYAT…

KALAU BOLEH SY NK JUMPA ABG UTK UCAP TERIMA KASIH…ABG BOLEH CALL SAYA 01132228930…TAM

TLG UP SMPAI JUMPA ABG NI UTK UCAP TERIMA KASIH..

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow