Masyarakat Pedalaman Terpaksa Buat Jalan Sendiri

[box style=”1″]Kalau mahu bukti tanyalah Jabatan saliran air Ranau, mereka selalu masuk kampung pasang batang paip[/box]

Keadaan Sebenar yang berlaku di beberapa kawasan pedalaman negeri Sabah. Sepatutnya kemudahan awam seperti jalan raya yang menjadi penghubung dengan masyarakat luar diutamakan  bagi penduduk yang tinggal di bahagian pedalaman negeri Sabah.

Apabila jalan raya bukan menjadi keutamaan kepada mereka di dalam perancangan untuk meningkatkan taraf kehidupan hidup rakyat negeri ini, keadaan ini bukan sahaja menyukarkan penduduk setempat untuk mendapatkan informasi terkini atau barang keperluan seharian mereka malah DIPAKSA keluarkan duit poket untuk buat jalan sendiri.

Baca Aduan Asal penduduk Kampung Kirokot, Ranau melalui Posting di Laman Sosial

[box style=”0″]Kalau kita tidak bersuara, maka beginilah jadinya… ini jalan di kampung saya sebelum orang kampung rukut2 beli simen bikin jalan raya sendiri. Setiap kali pilihan raya, bendera BN paling banyak sini. Tapi tengokla jalanraya kami…

Dari saya kecil lagi seusia 8 tahun saya ingat jalan kampung saya memang macam inilah..sekarang sudah 30tahun langsung tiada perubahan.. 51 tahun dalam gabungan malaysia hanya 25 % saja area2 pendalaman yang dapat merasai jalanraya dinaikan taraf.

Kalau mahu bukti tanyalah Jabatan saliran air Ranau, mereka selalu masuk kampung pasang batang paip… Dari kampung Narawang sampai kampung ulu sugut dan kampung2 sekitarnya, tiada satu pun kampung yang merasa jalan raya beraspal. Garabol habis… dan gambar ini jalanraya ke kampung saya. [/box]

 

 

SMS NEWS PORTAL
Aduan/Luahan Penduduk Asal Kampung Kirokot Ranau

Minta Pihak yang berkenaan untuk ambil tindakan bantu mereka demi memastikan masyarakat Sabah mendapat pembelaan yang sepatutnya seterusnya bergerak seiring kemajuan yang dicapai pada hari ini.


Loading...
arrow