Kemalangan Ranau, Seorang Maut, Dua Cedera

Kemalangan Ranau

Kemalangan Ranau: Seorang lelaki maut manakala dua yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kenderaan di Kampung Nalapak, berhampiran Ladang Gaharu, di sini tengah hari kelmarin.

Mangsa, Justin Torong, 54, disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata kemalangan berkenaan membabitkan dua kenderaan, iaitu kereta Perodua Viva dan kereta pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

“Kita mendapat panggilan kecemasan jam 12.15 tengah hari dan menggerakkan lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian sejauh 15 kilometer dari lokasi BBP,” katanya.

Beliau berkata anggota yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit. “Kita berjaya mengeluarkan mangsa, bagaimanapun pihak hospital yang datang ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Dua lagi mangsa wanita dilaporkan cedera, seorang berumur 31 tahun parah apabila patah pada bahagian tangan dan kaki, manakala mangsa kedua berumur 55 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan, manakala mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata operasi keseluruhan tamat jam 12.48 tengah hari dan punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow