Lelaki tempatan ditahan reman disyaki rogol anak teman wanita

DSP Mohd Farhan Lee Abdullah
DSP Mohd Farhan Lee Abdullah
DSP Mohd Farhan Lee Abdullah

RANAU: Seorang lelaki tempatan di sini berumur 37 tahun ditahan reman kelmarin kerana disyaki merogol anak teman wanitanya yang berumur 11 tahun.

Suspek terbabit dipercayai telah mulai merogol mangsa sejak mangsa berumur 9 tahun apabila ibunya mula-mula berkawan dengan suspek, yang difahamkan telah bercerai dengan isteri pertamanya.

Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dicekup sewaktu sedang berlegar-legar di kawasan kedai di Pekan Ranau oleh anggota polis Cawangan Jenayah IPD Ranau pada kira-kira jam 2.25 petang hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau,DSP Mohd Farhan Lee Abdullah (gambar) ketika mengesahkan kes tersebut memberitahu,tangkapan dibuat ekoran laporan polis yang dibuat mangsa pada hari yang sama kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

Menurut keterangan kes yang diperolehi, ibu mangsa juga pernah melarangnya daripada memberitahu perkara itu kepada sesiapa pun tetapi akhirnya mangsa tidak lagi dapat menyembunyikan perkara itu.

Mangsa mengakui bahawa dia sering berada di dalam keadaan trauma dan takut setiap kali pulang ke rumah, sehinggakan dia pernah menulis sepucuk nota kepada ibunya memberitahu bahawa dia enggan pulang selagi suspek masih tinggal bersama mereka.

Mangsa yang berang atas perbuatan teman lelaki ibunya itu nekad memberanikan diri untuk membuat laporan polis setelah dirogol pada kali terakhir iaitu pada bulan April tahun ini.

Suspek direman selama tujuh hari di hadapan Penolong Pegawai Daerah Ranau, Yassin Ibrahim yang bertindak sebagai Majistret Kelas Kedua dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow