Penduduk Malaya pula rasa gegaran gempa bumi

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda utara Sumatra, Indonesia malam ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 35 kilometer (km) barat daya dari Binjai, Indonesia dan 264km barat daya dari Lumut, Perak.

Gegaran gempa bumi yang berlaku pada pukul 8.42 malam itu turut dirasai di Semenanjung Malaysia, demikian menurut kenyataan itu.

DI PERAK

Penduduk di sekitar daerah Manjung terkejut selepas berlaku gegaran selama 10 saat akibat gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.5 di Sumatera Utara, Indonesia,malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, penduduk sekitar Manjung, Lumut dan pekan Pulau Pangkor terkejut apabila merasakan rumah mereka bergegar.

Seorang penduduk, Zulinda Ramly berkata, ketika itu dia sedang melipat kain di ruang tamu dan menyedari rumahnya bergegar namun merasakan kepalanya pening.

“Saya ingatkan kepala pening kerana rasa seolah-olah bergoyang, namun mula merasai situasi itu adalah disebabkan gempa kerana pernah merasai sebelum ini ketika Tsunami dahulu.

“Bimbang juga namun kami sekeluarga tidak keluar dari rumah kerana gegaran itu dirasai sekejap sahaja dan tidak kuat,” katanya.

Di Pangkor, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mazwin berkata, dia yang tinggal di Kampung Teluk Nipah tidak merasai gegaran itu dan terkejut apabila sepupunya memaklumkan berlaku gegaran di Jeti Pangkor.

“Ketika itu sepupu berada di kopitiam di jeti bersama rakan dan merasai gegaran hanya beberapa saat dan difahamkan hanya kawasan di tepi pantai pekan Pangkor dan persisra pantai di Kampung Teluk Kecil sahaja yang merasai gegaran itu,” katanya.


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow