Adam Shamil Pertama Dipilih Google Wakili Borneo Ke Los Angeles

Adam Shamil Youtuber

Adam Shamil lebih dikenali dan popular di Youtube

Adam Shamil Misran dari daerah Penampang menjadi orang pertama dipilih Google mewakil Borneo untuk bersama-sama dengan Youtuber Asean yang lain menghadiri Creator & Artist Leadership Initiative berlangsung di Los Angeles pada minggu hadapan.

Dengan semua perbelanjaan semua ditanggung Google, anak jati Sabah ini merasa sangat bangga dan teruja kerana usahanya sejak setahun lalu menjadi pencipta kandungan di Youtube kini telah ‘diiktiraf’. Selain beliau, Youtuber lain yang tersenarai adalah JinnyBoy & Reuben Kang (Malaysia) serta Fathia Izzati (Indonesia).

Berkenalan dengan Adam Shamil melaui artikel yang dipetik dari KOSMO :

[dropcap color=”#dd3333″]K[/dropcap]ehidupan Adam Shamil Misran, 23, tidak jauh berbeza dengan remaja seusianya iaitu meneroka peluang untuk membina karier.

Dalam sekelip mata, anak kelahiran Penampang, Sabah itu mengecapi populariti dalam kalangan pengguna laman YouTube apabila video dalam bentuk episod Get It Right menjadi viral.

Adam Shamil tidak menyangka bahawa aktiviti merakam video pada masa lapang melalui YouTube mendapat perhatian ramai.

Menurutnya, dia sangat suka bercakap, terutamanya di khalayak ramai sebagai pengacara. Selain itu, dia juga amat meminati bidang nyanyian dan berlakon.

Kini, dia yang sedang melanjutkan pengajian di University of Nottingham Malaysia Campus dalam bidang penyiaran televisyen (TV) dan filem antarabangsa serta mampu bertutur bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua.

Mula menceburkan diri sebagai YouTuber pada bulan Mac tahun ini dan inspirasi merakamkan video daripada pengalaman sendiri.

“Mula-mula saya mendapat idea untuk membuat video di YouTube ketika berada di Kuala Lumpur. Ketika itu, ramai orang fikir saya berasal dari Indonesia setiap kali saya cakap bahasa Sabah kerana ada persamaan dari aspek sebutan dan intonasi.

“Dari situ, saya dapat idea untuk membuat satu episod Get It Right dan itulah video pertama saya dalam episod tersebut. Ia menceritakan perbandingan antara bahasa Melayu Sabah dan Indonesia,” kongsinya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sehingga kini, episod Get It Right mengandungi beberapa video seperti bahasa Indonesia VS Melayu Sabah, Sabah & Sarawak, Welcome To Malaysia?, Sabah & Sarawak, Living In The Pokok? , Kota Kinabalu, Sarawak Meh?, Speak English is Minta Puji! dan Types of Malaysians We Hate.

Mengakui dirinya seorang yang peramah, ceria dan optimis, video yang dihasilkan Adam Shamil kebanyakan berdasarkan isu-isu semasa.

Namun, Adam Shamil juga memberitahu, ada juga topik atau kandungan video yang diambilnya daripada YouTuber lain, kemudian diolah dengan cara serta konsep tersendiri.

“Bagi menghasilkan sesuatu video, selalunya saya akan buat kajian terlebih dahulu, apa video yang nak dihasilkan. Kemudian, apabila sudah ada topik, saya akan fikir tentang tajuk video dan skrip.

Tinjauan Portal Suara Masyarakat Sabah mendapati jumlah tontonan video Adam Shamil di Youtube kini melepasi sejuta tontonan dengan orang yang Subscribe Channel lebih 20,000 orang.

Buat Adam Shamil Semoga semuanya akan berjalan lancar nanti dan terus sukses dalam bidang anda ceburi. – Suara Masyarakat Sabah

Antara Video dihasilkan Adam Shamil yang mendapat sambutan


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow