Bangkai dayung petanda gempa bumi

Manila: Beberapa bangkai ikan dayung gergasi yang digelar ‘perutusan dari laut’ terdampar di tepi pantai di Filipina beberapa hari lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku gempa bumi di negara itu.

Haiwan aneh itu yang biasanya hidup kira-kira 900 meter di dalam laut.

Ramai penduduk tempatan dan sejumlah saintis percaya ikan yang juga dikenali sebagai ‘ular laut’ itu dihanyutkan ke tepi pantai oleh arus kuat sebelum gempa bumi.

Ada beberapa kejadian seperti itu berlaku sebelum ini.

Bangkai seekor ikan itu ditemui di pantai di Agusan del Norte di Filipina beberapa hari sebelum gempa bumi melanda Mindanao 11 Februari lalu.

Lima lagi bangkai ikan dayung ditemui di kawasan pantai beberapa hari selepas gempa 6.3 magnitud itu.

Lapan orang terbunuh dan 200 cedera dalam kejadian itu, sekali gus mencetuskan perbahasan di media sosial mengenai kaitan antara haiwan berkenaan dengan bencana alam itu.

Bangkai ikan dayung terbaru ditemui Sabtu lalu di pantai di bandar Cagayan de Oro, sepanjang 4.57 meter.

Pakar seismologi di Jepun menggelar ikan dayung sebagai ‘Perutusan dari Istana Tuhan Laut’ dan percaya ia tanda gempa bumi akan berlaku, menurut National Geographic.


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow