Sandakan: Sistem Letak Kereta Berkupon Bermula 1 MAC

KUPON letak kereta

Sistem Letak Kereta Berkupon di Sandakan

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan melaksanakan sistem letak kereta berkupon bermula pada 1 Mac ini di seluruh kawasan pusat Bandar.

 James Wong
James Wong Sandakan

Presiden MPS, Datuk Ir. James Wong berkata pelaksanaan sistem tersebut akan dibuat secara berperingkat-peringkat iaitu sepanjang bulan Mac dengan secara selari.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem menyaksikan penguatkuasaannya yang bermula dari 1 hingga 31 Mac termasuk juga system caj letak kereta sedia ada diteruskan manakala sepanjang tempoh ini peringatan mesra turut dikeluarkan.

“Peringkat kedua 1 hingga 30 April menyaksikan sistem letak kereta berkupon dilakssanakan sepenuhnya dan sistem yang sedia ada diberhentikan sementara pengeluaran kompaun dikuatkuasakna,” katanya.

“Objektif pelaksanaan sistem ini membolehkan orang ramai meletakkan kenderaan dengan lebih mudah, selesa dan teratur,” James menerangkan.

“Ia juga bagi mewujudkan sistem kawalan letak kereta yang lebih efision dan efektif.

“Sistem yang akan dilaksanakan nanti memudahkan para pengguna kerana kelebihannya adalah orang ramai khasnya pengguna boleh berpindah-pindah tempat letak kereta, sekali pun berlainan jenis tempat letak kereta tanpa perlu mengeluarkan kupon yang baru selagi baki nilai pada kupon sedia ada mencukupi,” jelasnya.

James berkata sistem letak kereta berkupon akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada bulan Mei iaitu peringkat ketiga.

MPS menyediakan empat (4) jenis kupon letak kereta seperti berikut:

  • Kupon RM0.50 adalah RM5 bagi satu buku (10 keping kupon)
  • Kupon RM1 adalah RM10 satu buku (10 kupon)
  • Kupon RM2 adalah RM10 satu buku (5 kupon)
  • Kupon Harian RM4.50 adalah RM22.50 satu buku (5 kupon)

Selain itu, MPS juga menyediakan Pas Bulanan berharga RM80 untuk para pengguna yang sering meletakkan kereta mereka sepanjang hari.

“Pas bulanan ini sangat menjimatkan kos. Bagaimanapun, kupon letak kereta bulanan iaitu Pas Bulanan dan Kupon Harian hanya boleh digunakan di petak berwarna kuning saja,” katanya sambil menambah bahawa kos GST bagi semua pembelian akan diserap oleh majlis.

Dalam sidang akhbar mengenai Pelaksanaan Sistem Letak Kereta Berkupon di Dewan Persidangan, Wisma Perbandaran, dekat sini, Jumaat, James menjelaskan pelaksanaan system letak kereta berkupon turut melibatkan perubahan kadar caj dan jenis-jenis tempat letak kereta awam yang berjumlah sebanyak 1,641 petak.

Berikut adalah kadar baharu caj letak kereta mengikut jenis tempat letak kereta :

  • Zon PRIMA warna hijau kadar caj RM2 setiap setengah jam di lokasi hadapan bank-bank dan kawasan yang terlalu sibuk.
  • Zon UTAMA warna merah kadar caj RM1 setiap setengah jam di sebahagian besar hadapan kedai-kedai dan kawasan yang sederhana sibuk.
  • Zon BIASA warna kuning kadar caj RM0.50 setiap satu jam di sebahagian besar belakang kedai-kedai dab kawasan yang tidak sibuk.

Kupon-kupon letak kereta boleh didapati di Pusat Khidmat Kaunter Setempat, Wisma Warisan, Wisma Perbandaran, Pusat Kaunter Setempat di Pasar Kim Fung, Batu 4, Pondok-Pondok Pembayaran di sekitar pusat Bandar Sandakan dan Warden-Warden Letak Kereta yang bertugas secara bergerak.

Dalam pada itu, pihak majlis juga akan memberi pengampunan 100 peratus ke atas surcaj tunggakan hutang letak kereta yang sedia ada kepada mana-mana pengguna yang membeli kupon letak kereta.

 

Kupon letak kereta ini bernilai RM30 bagi 20 keping kupon RM0.50, 10 keping kupon RM1 dan 5 keping kupon RM2 di mana tawaran ini hanya untuk tempoh bulan Mac sehingga Mei 2017.

Para pengguna dinasihatkan supaya mengambil peluang ini untuk membayar tunggakan hutang letak kereta, sekiranya ada kerana bermula pada bulan Jun 2017 pihak majlis akan mula mengeluarkan notis-notis dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pihak majlis juga memperuntukkan 12 Undang-Undang Kecil bagi kesalahan-kesalahan seperti tidak mempamerkan kupon sepanjang masa terkawal, tidak mempamerkan permit rezab letak kereta, mempamerkan kupon letak kereta yang tidak sah dan sebagainya.

“Pihak majlis berharap agar para pengguna dapat menyesuaikan diri dengan sistem ini dalam tempoh yang singkat memandangkan Sistem Kupon Letak Kereta telah terbukti berjaya dilaksanakan oleh hampir 50 PBT di seluruh Negara,” tambah beliau.

Hadir sama Timbalan Presiden MPS, Haji Mohd Hamsan Awang Supain dan Setiausaha MPS, Jeffry Hj Aman serta pegawai-pegawai kanan MPS yang lain.


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow