Dulu Apa Yang Shafie Apdal Buat ?

Shafie Apdal

Jika ada yang mengadu keadaan jalanraya berlumpur atau bekalan air dan letrik tiada kepada Presiden  Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dalam siri jelajahnya baru-baru ini memang ia sangat tepat kepada orangnya tetapi itu dulu sebelum beliau digugurkan sebagai menteri persekutuan yang berkuasa penuh untuk hal-hal berkenaan melebihi kuasa ADUN mahupun ahli Parlimen.

Ia amat menyedihkan kerana selepas tidak mempunyai kuasa barulah beliau terhegeh-hegeh datang melawat kampung-kampung yang dahulu hanya diperhatikannya melalui ruang udara semata-mata untuk mendapatkan sokongan demi kelangsungan politiknya.

Nasi sudah menjadi bubur, bukankah lebih baik jika siri jelajahnya ini dilakukan semasa beliau berkuasa dahulu kerana beliau boleh membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Peruntukan DUN VS Peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW)

Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kerajaan mempunyai peruntukan khas tahunan. Bagi negeri Sabah sebelum ini jumlahnya RM 1 Juta namun pada pembentangan bajet negeri tahun lalu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan telah menambah RM 1 Juta lagi dan kini jumlahnya sebanyak RM 2 juta setahun.

Peruntukan khas ini bertujuan untuk pembangunan kawasan yang diwakili rakyat di mana kuasa penuh adalah ditangan wakil-wakil rakyat.

Namun demikian, perlu ditekankan bahawa pembangunan rakyat khususnya pembangunan luar bandar bukan sepenuhnya di bawah kemampuan ADUN.

Malah kementerian seperti Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah KKLW mempunyai kuasa yang lebih besar dan penting dalam membangunkan kawasan luar bandar.

Boleh dikatakan peranan ADUN adalah pelengkap usaha kementerian seperti KKLW dalam membangunkan kawasan yang mereka wakili.

Jika ada yang membandingkan kemampuan negeri berbanding dengan sesebuah kementerian persekutuan adalah perbandingan tidak adil.

Ini Kerana kerajaan negeri hanya mempunyai bajet sedikit di bawah RM4 bilion setahun, sedangkan kementerian KKLW yang pernah disandang Datuk Seri Shafie Apdal mempunyai bajet lebih 5 kali ganda berbanding bajet negeri.

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab untuk Kesejahteraan Luar Bandar dan Wilayah, seluruh titik tolak pembangunan luar bandar adalah tanggungjawab kementerian itu khususnya pembangunan infrastruktur keperluan asas rakyat.

Tidak keterlaluan jika ada yang berpendapat tugas membangunkan sesuatu kawasan luar bandar itu terletak sepenuhnya KKLW, di bawah kuasa Shafie Apdal (2009-2015) namun banyak pembangunanan yang tidak sampai kepada rakyat.

Keadaan jalanraya di Kampung Bongkol terletak di daerah Pitas. ADUN/Ahli Parlimen melalui kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan persekutuan di bawah kementerian KKLW untuk mempertimbangkan menaiktaraf jalan ini. Jika benar Shafie Apdal perjuangkan kepentingan orang Sabah sudah lama jalan ini bertar sewaktu menjadi  Menteri KKLW (2009-2015)

Dalam satu ucapan Presiden Warisan Sabah di Penampang beliau memberitahu orang ramai mengenai masih terdapat daerah di negeri ini yang jalannya masih berlumpur dan menyalahkan kerajaan negeri kerana gagal menguruskan negeri ini sambil menambah sekiranya Warisan diberi peluang memerintah beliau akan mengubah nasib rakyat negeri ini.

Bagi sesetengah yang tidak memahami peranan KKLW mungkin akan mudah percaya dan terpedaya dengan ucapan retorik mantan naib presiden UMNO itu yang menjadi menteri KKLW sejak 2009.

Untuk rekod kes penyelewengan membabitkan pengarah jabatan Air Sabah merupakan projek melalui KKLW untuk pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM 3.3 billion di Sabah sejak 2010.

Penulis tidak berminat mengulas siapa salah atau benar dalam kes penyelewangan tersebut tetapi lihat jumlah peruntukan yang disalurkan itu tidak termasuk jalan raya dan lain-lain peruntukan di bawah kementerian diterajui Shafie Apdal.

Seperti yang diketahui umum Shafie bukan sahaja jarang ditemui di daerah-daerah yang dijelajahnya hari ini tetapi masyarakat juga perlu tahu beliau tidak pernah bertemu samaada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahupun Tan Sri pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah untuk berbincang mengenai pembangunan di negeri yang patut diberi keutamaan.

Bagaimana seorang yang hari ini kononnya berjuang untuk rakyat Sabah tetapi ketika berkuasa tidak pernah peduli apa keperluan rakyat Sabah ?

Jika ada yang terlupa Shafie Apdal digugurkan dari kementerian KKLW bukan kerana perjuangannya mempertahankan hak Sabah atau meminta peruntukan yang lebih untuk negeri ini tetapi atas sebab-sebab lain yang tiada kaitan dengan negeri ini.

Shafie Apdal tidak mendapat sokongan walau dari keluarga terdekatnya selain pembangkang sedia ada di negeri ini

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Discussion

  1. Mohd Kamal

    Geram juga sama DS Shafie Apdal ni.. Kalau lihat kuasa dia masa jadi menteri mengalahkan ketua menteri tapi tidak pernah bah kawasan luar bandar Sabah.

    Lepas tu sekarang pandai menipu sudah. Kalau dia tidak menipu mustahil Tun Sakaran dengan adiknya tidak sokong dia. Tapi mereka lebih faham siapa DSSA berbanding orang luar termasuklah penyokongnya yang dulu pantang sekali dengar nama semporna.

    1. Kamis

      Si Kamal ni perkauman sudah

  2. Kamis

    Kenapa ungkit cerita yang dulu ? Kita cerita yang sekaranglah..
    Hidup Warisan !! Sabah Ubah !!

  3. Shah

    Matematik Mudah… Dlu DSSA mengambil kira nasib keseluruhan rakyat Malaysia…menjadi peranan pemimpin sabah atau yg berwajib masa tu untuk selesaikan isu msykt pendalaman… DSSA bantu menyalurkan dana… Tp disalahgunakan kerana mudah duit masuk… Kini kepimpinan beliau dalam Parti Warisan di skala Sabah sahaja…dan betul kata beliau… Mampu membela nasib warga pendalaman dan keseluruhan rakyat sabah… Sapa sokong sapa tidak penting… Sebab individu2 ini bkn siapa2 di bandingkan beliau…Yang Penting Sabah Kena ubah.. UBAH SABAH DGN PARTI WARISAN!!!

arrow