Mohon Henti Viral Restoran, Ini Penjelasan Dari Pihak Pemilik

KOTA KINABALU: Sebuah restoran terus menjadi tular di media sosial sejak petang jumaat gara-gara dua ekor tikus bersaiz besar dirakam menggunakan telefon sedang memakan bahan-bahan yang dipercayai digunakan untuk membuat soto/sup.

Rakaman kejadian dalam video yang berdurasi 0:35 saat yang itu dimuatnaik ke media sosial dan dikongsi secara meluas oleh pengguna lain.

Kejadian ini mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk ada yang marah kepada pemilik kedai, pekerja kedai dan tidak kurang juga yang marah kepada individu yang memuatnaik video berkenaan.

Penjelasan daripada Pemilik Kedai Makan

[box type=”error” fontsize=”15″ radius=”15″]Salam 1 malaysia. kami dari pihak owner bismillah curry hse terlebih dahulu mohon maaf atas kecuaian penyewa untuk handle restoran tu, dari segi kualiti mkanan smpailah kebersihan. ini boleh dikira sebagai sabotaj sbb penyewa yg skg tu maw habis kontrak sudah hujung tahun ni, jadi smua bnda dia kasih biar, termasuklah pekerja tiada disiplin, makanan x sedap, kebersihan x dijaga. supaya bila owner sebenar masuk, cust sudah krik2.

Dan 1 lagi, diantara penyewa dgn owner mmg ada krisis, mgkin itu jg salah 1 sbb knapa penyewa x kisah pasal restoran tu, soto itu mmg milik penyewa 100%. jadi sy mohon atas kerjasama smua org utk tidak lagi viralkan benda ni.

KEMENTERIAN KESIHATAN pun sda dtg tadi, jadi jgn lagi maw post2. Allah maha adil. klu masih jg maw post2, bsok2 aib kmu lagi kna post2 org. Dan untuk pengetahuan smua, usaha utk hapuskan makhluk2 perosak (TIKUS) ini sudah pun dijalankan. sekali lagi mohon maaf dari kami. sekian[/box]

Maklumbalas salah seorang pengguna kepada penjelasan pemilik kedai:

Betul memang kesian owner dapat penyewa gitu,tapi itu la….owner perlu memainkan peranan juga….review balik contract antara penyewa Dan owner. Pastikan isu pasal kebersihan,kualiti makanan Dan disiplin pekerja disentuh. Kalau mana2 isu ini tidak dipatuhi atau tidak mencapai tahap Yang dikehendaki Dari owner, langsung ja terminate.

Tapi itu la….sebenarnya kebersihan tandas kamu dan area potong kelapa kurang bersih dalam pandangan sia dan Di area dekat parking pun banyak air bertakung hasil cucian piring Dan perkakas dapur. Sia pengunjung kedai makan kamu juga beberapa kali,Kali terakhir minggu lalu

Ketika artikel ini ditulis ia sudah dikongsi sebanyak 3804 perkongsian.


Kiriman pembaca: Jangan salahkan individu yang memuatnaik video ini sebab kerana dialah kita semua mendapat tahu perkara ini. Pada saya ini adalah sebagai ‘amaran terakhir’ kepada semua pemilik restoran di seluruh Malaysia ataupun penyewanya supaya lebih peka dan menitikberatkan kebersihan kedai masing-masing kerana selepas ini tidak mustahil kedai mereka pula yang akan mejadi Viral.

Beringatlah mereka yang datang ke kedai anda bukan minum /makan free tetapi berbayar. Jika pemilik kedai merasakan perniagaan mereka ini sebagai punca pendapatan utama jagalah kedai kamu baik-baik. Tamat.

Ulasan/Pandangan yang disiarkan tidak semestinya mewakili pandangan Portal Suara Masyarakat Sabah

Dikemaskini: Restoran Viral diarah tutup kuatkuasa 1 Julai

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow