Servis JPN Kota Marudu Mendapat Pujian

KOTA MARUDU: Sangat Memuaskan ! Itu reaksi pelanggan perkhidmatan kerajaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang beroperasi di daerah ini.

Rata-rata pengguna menyatakan mereka berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan kakitangan yang menjalankan tugas di situ.

Antara komen mereka yang baru-baru ini berurusan di kaunter Jabatan Pendaftaran (JPN) Kota Marudu:

[box type=”note” fontsize=”15″]Beberapa bulan yang lalu, saya berurusan dengan JPN Kota Marudu. Memang saya akui, perkhidmatan cukup memuaskan malah sikap bekerja mereka terhadap orang yang berurusan sangat menyenangkan – Mick Sawatan [/box]

[box type=”info” fontsize=”15″]Sya bg markah 100% pengurusan di JPN.X sempat ko dduk,sdh di pangil wlu pun ramai org.Ada unit masing2.Tahniah JPN KM.Buat ic 15 minit sja wlu pun ko d jnji setengah jam. – Emma Mahap[/box]

[box type=”note” fontsize=”15″]Saya pun dua minggu lepas kasi cemerlang juga. Tahniah. – Ony Latifah [/box]

[box type=”info” fontsize=”15″]Perkhidmatan JPN KM memang terbaik. Ruang yg selesa ketika berurusan. Kan bagus klau Pejabat Pos Kota Marudu dinaiktaraf mcm JPN KM. – Asry Ry  [/box]

Terdahulu seorang pengguna facebook, Jaywan Musit telah memuatnaik gambar dengan caption “terbaik ni perkhidmatan JPN kota marudu….2 kali sya kasi cemerlang tu mesin depan kaunter…”

Posting berkenaan turut disokong oleh orang lain yang baru-baru ini pernah berurusan di kaunter berkenaan.

Sementara itu, dalam entri lain, pengguna berharap Pejabat Pos di daerah ini juga akan dapat dinaiktaraf di masa akan datang.

** Kiriman pembaca Suara Masyarakat Sabah. Untuk sebarang Aduan terus emailkan kepada kami.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow