39 Penduduk di Sipitang Dipindahkan

SIPITANG: Seramai 39 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas hujan lebat sejak lewat malam tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Mesapol Lama, dekat sini.

Kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Majlis Daerah Sipitang. Ia membabitkan 24 orang dewasa serta 15 kanak-kanak selepas rumah mereka dinaiki air kira-kira jam 5.30 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.06 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi bagi membantu memindahkan penduduk yang terjejas.

Turut dihantar ialah beberapa aset termasuk jentera bomba sebuah bot. Difahamkan, keadaan banjir di kampung berkenaan bertambah baik namun cuaca masih mendung.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow