Bukan Polis Nak Tangkap Orang Jahat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjawab komen seorang wanita yang mengecam anggotanya tidak membuka kasut ketika menjalankan tugas menangkap ular di rumah wanita berkenaan.

Wanita berkenaan dalam postingnya menegur kepada anggota Bomba menurutnya “Takkan tak boleh buka kasut masuk rumah orang untuk tangkap ular ? Bukan polis nak tangkap orang jahat”.

Datang tangkap ular di rumah orang tak mahu buka kasut alasan dalam tugas.. geramnya,” tambah wanita berkenaan.

Ini adalah jawapan daripada Pasukan Bomba dan penyelamat yang melalui gambar dan caption yang dimuatnaik melalui laman facebooknya sebentar.

Status seorang wanita yang marah kepada anggota bomba tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular di rumahnya .

Gambar yang dimuatnaik di facebook milik pasukan Bomba dan Penyelamat

admin x salahkan beliau… jom tgk artikel nih khas untuk orang awam…πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

  • Pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah salah satu P.P.E (Personal Protecting Equipment ) kepada seorang penyelamat. Oleh hal demikian kebiasaanya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.
  • Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah. Jika menyelamatkan seekor kucing di yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa.

Jika anda diberi pilihan ancaman atau keselamatan yang mana anda utamakan ??? kredit:BBP Kota Tinggi

Sementara itu respon daripada netizen rata-rata menyokong tindakan anggota berkenaan dan dalam masa sama mereka turut mengecam tindakan wanita berkenaan yang mengkritik pasukan Bomba tidak kena pada tempatnya.

Bukan tak boleh bersihkan rumah kalau kotor sekalipun berbanding keselamatan semua orang yang ada dalam rumah kita.

Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran kepada kita semua.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow