Gadis diperdaya rakan sekelas, Dirogol Bergilir-gilir

Kes Rogol Pelajar di Kinabatangan

KOTA KINABATANGAN : Seorang pelajar wanita yang akan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia SPM tahun ini diperdaya dua rakan lelaki sekelasnya sebelum dirogol secara bergilir-gilir di sebuah sekolah menengah Kinabatangan.

Dua pelajar lelaki berkenaan ditahan polis kerana disyaki merogol rakan sekelas mereka di sebuah pondok di belakang sekolah itu pada 1 April lalu.

Ketua Polis daerah, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, kedua-dua suspek ditahan susulan laporan polis oleh pelajar perempuan tersebut yang dibuat kelmarin selepas gambar mangsa yang dirakam salah seorang suspek ketika dirogol tersebar.

Perbuatan kedua-dua suspek hanya diketahui pada Rabu lalu selepas gambar mengenai kejadian itu tersebar melalui aplikasi WhatsApp dalam kalangan pelajar sebelum diketahui oleh pihak sekolah. “Setelah perkara tersebut diketahui di peringkat sekolah, mangsa dan kedua-dua suspek telah dipanggil oleh guru disiplin sekolah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekelasnya itu berada di sekolah untuk projek keceriaan kelas apabila salah seorang suspek memperdayanya untuk masuk ke sebuah pondok kayu di belakang sekolah atas alasan untuk melakukan perbincangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa telah dipaksa masuk ke dalam pondok tersebut oleh suspek dengan cara menarik tangan mangsa.

“Setelah mangsa masuk ke dalam pondok tersebut dua suspek telah mengunci pintu dan memberi amaran kepada mangsa supaya jangan memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk guru sekolah.

“Mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan ke dua-dua suspek tanpa kerelaan mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

A. Sahak berkata, mangsa terpaksa merahsiakan perkara itu selama ini kerana risau tentang keselamatan dirinya selepas menerima ancaman daripada suspek yang direman sehingga 13 Julai depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 30 tahun jika sabit kesalahan.

 

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow