Gadis gigit perogol, cemas diraba dalam tandas stesen minyak

KUALA LUMPUR  — Seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Machang, Kelantan pada Khamis.

Kejadian 11.30 pagi itu berlaku selepas wanita berkenaan bersendirian ke tandas lalu didatangi suspek yang berada di ruang bersebelahan, lapor mStar.

“Lelaki tu dah cium, meraba semua… adik aku cuba telefon wife aku tapi telefon kena tepis si haram ni.

“Dalam keadaan bergelut tu, adik aku dapat gigit lelaki tu, tapi dia dengan muka tak ada perasaan terus juga agenda merogol dia,” menurut portal itu yang memetik laman sosial abang ipar mangsa.

Suspek dilaporkan sudah menanggalkan seluar ketika menghampiri mangsa namun kejadian berkenaan disedari seorang lagi wanita di tandas tersebut.

Wanita kemudian dilaporkan mendapatkan bantuan seorang lelaki bagi memeriksa kejadian itu.

Bagaimanapun, suspek dilaporkan memanjat semula ke ruang tandas sebelah bagi menyelamatkan diri.

“Adik aku pun buka pintu tandas dan terus berlari keluar tanpa fikir apa-apa. Dengan muka pucat lesi adik aku berlari masuk ke dalam kereta.

“Tudung dah koyak, handphone dan cermin mata entah ke mana,” abang ipar mangsa dilaporkan berkata.

Mangsa dilaporkan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Machang.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow