HQ Jabatan Air Masih Belum Respon ?

Bila bekalan air di sekitar daerah Ranau akan dapat diatasi ?

Untuk makluman pihak yang berkenaan sebahagian penduduk di daerah ini ada yang terputus bekalan air sudah hampir seminggu iaitu bermula sejak rabu lepas.

Menurut info yang dihantar kepada Portal Suara Masyarakat Sabah kejadian ini berpunca daripada pam di Jabatan Air di Ranau mengalami kerosakan.

Masalah tersebut difahamkan telah dirujuk ke ibu pejabat jabatan berkenaan di Kota Kinabalu namun sehingga kelmarin pihak berkenaan masih belum memberi maklum balas.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh seorang pegawai Jabatan Air Ranau kepada seorang pengguna yang menuntut penjelasan bilakah bekalan air akan pulih kembali.

Menurutnya beliau turut mengadu hal itu dengan menelefon ke bahagian Aduan Jabatan berkenaan. Berikut adalah tulisan asal beliau:

Saya Call bahagian aduan Di Jabatan AIr HQ KK.. then dia kata nanti dia akan salurkan aduan ini ke Jabatan Air Ranau….. Saya bagitau.. Bukan ke Jabatan Air Ranau.. tapi salurkan ke Jabatan Air KK.. HQ… SAlurkan ke Pengarah Jabatan air Sabah… pasal kalo aduan itu disalurkan ke Jabatan Air Ranau pun tidak mengubah apa-apa.. Respon dari KK pun belum ada… amacam?

Kawasan yang terlibat alami gangguan bekalan air Ranau Sabah – Sumber Pembaca

Jika pihak yang berkenaan masih gagal untuk memberi maklumbalas dan menyelesaikan masalah ini, diminta supaya Wakil Rakyat Ranau dapat campur tangan menyelesaikan masalah yang membebani rakyat ini.

Saya meminta dengan rasa rendah diri kepada..  Bila lagi kalau bukan sekarang? – Pengadu

Buat Kerajaan yang memimpin, Buat lah sesuatu yang lebih menyengat agar masyarakat lebih yakin dan akan terus menyokong kalian pada PRU akan datang…….

InsyaAllah… Allahu A’lam..

** Berat mata memandang Berat Lagi Bahu Memikul. Semoga masalah ini akan sampai terus kepada pihak berkenaan seterusnya tindakan susulan pantas dapat diambil. – Suara Masyarakat Sabah


Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow